[FOTO] “Wira Sebenar” Jururawat Malaysia Frontliner COVID-19 Raih Perhatian Mariah Carey

Peranan frontliner seperti doktor, jururawat, petugas kesihatan, polis, tentera serta mereka yang terlibat secara langsung memerangi Covid-19 haruslah diberi setinggi-tinggi penghargaan. Seorang remaja, Asraf Nordin yang berkongsi foto ibu saudaranya yang juga frontliner virus ini menerima kejutan daripada penyanyi pujaannya, Mariah Carey. Penghargaan buat petugas kesihatan seluruh dunia Penyanyi My All itu pada mulanya memuat [...]

Dalam menghadapi musim COVID-19 ini, peranan frontliners seperti doktor, jururawat, petugas kesihatan, polis, tentera serta mereka yang terlibat secara langsung haruslah diberi setinggi-tinggi penghargaan.

Bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 April, Mariah Carey telah memuat naik status di Twitter mengucapkan penghargaan buat petugas kesihatan seluruh dunia yang bekerja keras menentang Covid-19.

“sending my insurmountable gratitude to all healthcare workers and first responders around the world. We appreciate you so much!! Red  Please show yourself and tweet me so we can all celebrate you!” 

Malah, Mariah juga mengalu-alukan pengikutnya untuk berkongsi gambar untuk sama-sama meraikan mereka yang banyak berjasa ketika ini.

Menyahut seruan tersebut, seorang pengguna Twitter dari Malaysia, Asraf Nordin berkongsi foto ibu saudaranya yang juga frontliner COVID-19.

Asraf membalas tweet Mariah dengan foto ibu saudaranya, jururawat bersama dua rakan sekerja lengkap dengan pakaian personal protective equipments (PPE) di sebuah hospital.

Namun tanpa disangka-sangka, tweet Asraf telah dikongsikan semula oleh penyanyi yang memiliki 21 juta pengikut Twitter itu dengan kapsyen berikut.

“real life heroes”

Sehingga kini, tweet berkenaan meraih lebih 3 ribu likes dan 450 perkongsian di akaun Twitter Mariah Carey.

Untuk pengetahuan semua, Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 april setiap tahun, dengan tajaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bermula pada tahun 1948, WHO mengadakan Perhimpunan Kebangsaan Sedunia pertamanya, dan memutuskan agar 7 April disambut sebagai Hari Kesihatan Sedunia setiap tahun, mulai tahun 1950.

Hari Kesihatan Sedunia disambut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus.