[FOTO] “Waa kurusnya” Baru Habis Pantang, Zizie Izzette Dedah Wajah Anak di Majlis Akikah

Pelakon cantik Zizie Izette yang baru saja melahirkan puterinya baru-baru ini telah tamat tempoh berpantang dan mengadakan majlis akikah pada hari ini.

Majlis yang sederhana itu dihiasi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan marhaban serta dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Zizie juga mendedahkan nama puteri bongsunya yang diberi nama Aalisa Belle Izette yang kini baru berusia 44 hari.

Hello Uncles & Aunties! My name is AALISA BELLE IZETTE. I am 44 days old today. This was my first ever photoshoot my mommy had for me when I was 19 days old. Hope u enjoy viewing my few initial photos. 

Zizie juga kelihatan berseri dan kurus pada majlis itu.


Sebelum ini Zizie Izzete selamat melahirkan anak yang ketiga di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Berita itu telah disahkan melalui satu perkongsian di Instagram pelakon tersebut.

“My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg. 

“Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for ur doa,” 

Melalui perkongsian tersebut, Zizie selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu pada jam 12 tengahari Jumaat.

Bayinya dilahirkan selamat dan sihat dengan berat 3.32kg.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat pasangan Zizie dan Bung di atas kelahiran tersebut.

Tidak ketinggalan rakan-rakan artis turut meninggalkan ucapan di ruangan komen Instagram Zizie.

Sebelum ini Zizie ada mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun 2017.

Zizie pada 29 Disember 2017 selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Pelakon cantik itu turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Tahun 2009.

Semoga Zizie dan keluarga sentiasa bahagia dan diberkati.