[FOTO] “Tok Ti Ni Tengah Penat Pun Tetap Cantik” Peminat Terpesona Siti Nurhaliza Kayuh Basikal

Beberapa keping foto penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, yang menyaksikannya mengayuh basikal mula mencuri perhatian netizen.

Siti yang turut ditemani Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K serta beberapa rakan mereka melakukan aktiviti riadah itu di sekitar kawasan berbukit di Hulu Langat, Selangor.

Perkongsian menerusi laman Instagram pada awal pagi tadi telah mempesonakan pengikutnya yang menyifatkan Siti kekal menawan dan ceria meski keletihan mengayuh sambil mendaki bukit.

“Tok Ti (Siti Nurhaliza) ni, senyuman tak pernah lekang. Tengah letih mengayuh pun tetap kelihatan ceria dan manis,” memetik salah satu komen peminatnya.

Seorang lagi individu berkata, “Tok Ti buatlah aksi apapun, masih nampak comel dan cantik.”

Lebih menarik, ada juga komen yang mencuit hati berbunyi, “Tok Ti tak letih ke cantik sepanjang masa?” sambil diikuti emoji ketawa.


Difahamkan, ekspedisi riadah pagi Siti dan rakan-rakannya itu diusulkan oleh artis versatil, Alif Satar.

Biodata Siti Nurhaliza

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin SSAP, DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP lahir 11 Januari 1979) atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Siti Nurhaliza memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.

Single sulungnya, “Jerat Percintaan” telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.

Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, China pada tahun 1999, dan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.]

Sehingga kini Siti Nurhaliza telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara.

Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 42 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 Anugerah Muzik Dunia, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Anugerah Muzik Singapura dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records. Di dalam kerjayanya, Siti telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Jawa, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun.

Sumber: Instagram ctdk via MHETv