[FOTO] Sering Jadi CEO Dalam Drama, Ini Sebenarnya Jawatan Mustapha Kamal

Nama Mustapha Kamal tidak asing lagi dalam drama-drama Melayu. Beliau seringkali menjadi pelakon pembantu untuk menghidupkan sesuatu drama.

Mustapa Kamal yang sering memegang watak sebagai ayah yang berpangkat datuk atau CEO di syarikat ternama.

Namun begitu, pangkat tersebut bukan hanya wujud di kaca TV malah Mustapha Kamal juga merupakan seorang chairman dan mempunyai perniagaannya sendiri.

Mustapha Kamal seorang “chairman”

Pelakon yang sering mendapat watak ayah itu menjalankan perniagaan pengilangan dan penghasilan minyak wangi di bawah syarikat DMIQA TRADE SDN BHD.

Beliau merupakan Chairman syarikat tersebut, Mustapha Kamal sudah mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan minyak wangi sejak tahun lalu.


Pasti ramai peminatnya tidak sangka beliau juga merupakan seorang CEO sebenar mirip watak yang selalu dibawanya dalam drama di kaca televisyen.

Rata-rata netizen hafal dialog Mustapha Kamal

Rata-rata netizen sempat bergurau di ruangan komen mengenai dialog yang sering dibawa oleh beliau dalam drama lakonannya.

Ada netizen yang turut mendoakan semoga Mustapha Kamal mendapat gelaran Datuk bersesuaian dengan watak yang sering dibawa oleh beliau.