[FOTO] Pelukan Terakhir Anak Kedua-dua Arwah Di Tepi Keranda Buat Netizen Sebak

Semalam, sepasang suami isteri telah ditimpa kecelakan jalan raya dan kedua-dua mereka telah kembali ke rahmatullah.

Pasangan tersebut meninggalkan seorang anak yang baru berusia 2 tahun bernama Afan.

Kedua-dua jenazah Allahyarham L/Kpl Muhammad Syakiran Samsudin dan Allahyarhamah Nurul Ashikin Kamaruddin telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Repek Hilir, Bachok.

Namun apa yang mencetuskan rasa hiba adalah kelakuan Afan yang berada di sisi keranda ibu bapanya.

Perkongsian oleh Hans Joy di laman Facebooknya itu meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Arwah ibu ayahnya orang kelantan meninggal dunia dalam satu kemlangan di Kuala Lumpur pagi tadi. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Repek Hilir, Bachok.

Anak ini kuat#

Usia Afan hampir 2 tahun, belum mengerti apa apa lagi. Anak ini kuat, Allah beri ujian kepada hamba NYA yg mampu hadapi…

Pagi tadi juga Ibu (staff JKR) dan ayah (anggota IPD Shah Alam) Afan meninggal dunia dalam satu kemalangn motosikal di Kuala Lumpur.

Arwah ibunya NURUL Ashikin Kamaruddin mengandungkan anak kembar.


Ketika ini, kita merasakan sebak dan sedih melihat raut wajah anak kecil ini, kita pujuk hati kita..

REALITI nya..

Allah jaga anak ini..
Ada rezeki yg Allah dah titipkan dan tentukan buat adik Afan,

YA Allah peliharalah anak ini
Datangkan kasih sayang dari ibu ayah saudara yang penyayang..
Hadirkan hamba Allah yang prihatin menjaga, mendidik dan mengasuhnya.

Jadikan adik Afan sebagai asbab ibu ayahnya ditempatkan di kalangan hamba hambaMu yang Soleh dan tempatkan mereka di syurga abadi.

Inalilllahiwainalillahirojiun alfatihah..semoga arwah di tempat kan di sisi orang2 beriman..Amin ya Allah…

Allahyarham L/Kpl Muhammad Syakiran Samsudin dan
Allahyarhamah Nurul Ashikin Kamaruddin

#ibuayahAfanorangbaik
#Afananakhebat

Kasih ibu ayah ada dihatimu selamanya..