[FOTO] “Muslimah yg hebat..” Imej Terbaru Zila Bakarin Selepas Berhijab Dipuji Ramai

Pelakon Zila Bakarin antara salah seorang pelakon yang masih bergiat aktif walaupun sudah lama bertapak dalam industri tanah air.

Beliau diantara pelakon wanita yang berjaya membawa watak dengan begitu baik dalam lakonannya terutama watak antagonis.

Keputusan pelakon ini untuk berhijab pada pertengahan tahun ini mengejutkan banyak pihak.

Keputusan berhijab diambil tanpa paksaan daripada sesiapa

Memetik laporan portal sebelum ini, Zila Bakarin memberitahu keputusan tersebut diambil tanpa paksaan daripada sesiapa.

Namun begitu, penghijrahan beliau telah mendapat sokongan ramai. Semakin hari pelakon ini tampil dengan imej lebih ayu dan sopan bertudung.

Imej terbaru Zila Bakarin curi tumpuan

Satu perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon ini di Instagram miliknya telah mencuri tumpuan ramai.

Beliau tampil mengenakan pakaian patuh syariah berwarna merah jambu nyata menyerlahkan lagi kecantikan beliau walaupun bertudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

Hari ini impian saya menjadi kenyataan

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian yang dibuat pelakon ini di Instagram, beliau berkongsi mengenai impiannya yang telah menjadi kenyataan.

Beberapa keping gambar pelakon ini dimuat naik bersama dengan PU Azman dipercayai ketika menjalani penggambaran bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

Allah temukan saya dengan orang yang hebat ini 

Beliau meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk bertemu dengan insan hebat menjadi kenyataan.

“Hari ni impian sy jadi kenyataan, tq #ALLAH temukan saya dengan orang hebat ini. Insan yang sangat hubble, kelakar dan sangat dikagumi”.

Terima kasih beri kata-kata semangat

“Terima kasih memberi kata2 semangat, inspirasi dan pengetahuan” tulis pelakon ini.

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah imej sopan Zila Bakarin yang tampil manis dan ayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

Rata-rata netizen turut memuji kecantikan pelakon ini yang terserlah dengan imej terbaru beliau.

Malah, mereka turut menitipkan doa dan kata-kata semangat semoga pelakon ini terus istiqomah dalam penghijrahannya.