[FOTO] Minta Belajar Berwuduk, Hanis Zalikha Sebak Dengar Permintaan Yusuf Iskandar

Nama Yusuf Iskandar bukan lagi nama asing di media sosial apabila si cilik ini sering menjadi perhatian ramai.

Yusuf Iskandar mempunyai pengikut sebanyak 2.8 juta di Instagram

Yusuf yang mempunyai pengikut sebanyak 2.8 juta di Instagram merupakan anak kepada pasangan selebriti kegemaran ramai Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum ❤️

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Yusuf sudah menginjak usia 4 tahun

Pasangan selebriti ini  tidak lokek berkongsi kisah berkenaan keletah dua orang anak kecilnya yang sangat comel.

Selain itu, Yusuf Iskandar yang sudah menginjak usia 4 tahun dilihat semakin bijak dan pandai mengikut teladan ibu dan bapanya.

 

View this post on Instagram

 

Apa dialog Yusuf masa ni? selain Maaf Zahir Batin 😍🥰😍

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Mahu belajar mengambil wuduk

Apa yang mencuri tumpuan adalah kisah yang dikongsikan oleh Hanis dan Hairul menerusi Instagram anaknya @theyusufiskandar apabila si sulung itu meminta agar diajarkan cara berwuduk seperti bapanya.

“Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy. Daddy can you teach me wudhuk?”

 

View this post on Instagram

 

Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?” Mommy dari dalam bilik: 🥺🥺🥺🥺🥺

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Mummy sebak dalam bilik

Menurut Hanis Zalikha, Yusuf datang dekat kepada bapanya dan bertanya sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.

Ini membutkan Hanis yang mendengar pertanyaan tulus anaknya berasa sebak seketika ketika di dalam bilik melihat keletah itu.

Rata-rata netizen menbanjiri ruangan komen dengan pelbagai maklum balas positif dan turut mendoakan semoga Yusuf menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.