[FOTO] “Macam Umur 20” Preity Zinta Buktikan Usia 40an Bukan Halangan Untuk Kekal Cantik

Pelakon popular Bollywood, Preity Zinta yang kini berusia 44 tahun ternyata membuktikan usia bukan halangan untuk mengekalkan kecantikan.

Preity yang sebelum ini telah mengahwini kekasihnya, Gene Goodenough, dalam majlis ringkas di Los Angeles.

Walaupun aktres itu tidak memberi pengakuan rasmi mengenai tarikh perkahwinannya, khabar angin bermula apabila rakan rapat Zinta, Sussanne Khan dan Surily Goel, dilihat berada di Los Angeles.

Malah Sussanne juga menyiarkan gambar beliau dengan Surily di Instagram dengan penerangan:

“Ahad di California dengan @surilydpgoel Sunshine dan kereta vintaj. #cityofangels #LA #dreamcatcher .”

Laporan menyatakan, majlis dijalankan secara tertutup dengan kehadiran rakan rapat pelakon berlesung pipit itu.

Beliau merancang mengadakan majlis besar-besaran di Mumbai pada April ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Preity Zinta (@preityzinta) on

Upacara kali ini akan dihadiri semua rakannya dalam bidang perfileman.

“Oleh kerana Preity pernah berpasangan dengan nama besar dalam industri filem dan terus rapat dengan sebahagian daripada mereka, beliau bercadang mengadakan majlis besar-besaran di Mumbai. Nama besar dalam industri di Bollywood dijangka hadir,” kata sumber.

Ada juga laporan pasangan berkenaan bercadang melelong gambar perkahwinan dan menderma hasil jualan kepada Yayasan Preity Zinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Preity Zinta (@preityzinta) on

Walaupun gosip mengenai perkahwinannya bermula tidak lama dahulu, pelakon itu tidak membuka mulut mengenai sebarang pengumuman.

“Bolehkah biarkan saya yang mengumumkan perkahwinan saya. Lagipun ia adalah mengenai kehidupan saya. Biarkan saya menguruskannya,” tulis beliau dalam akaun Twitter sebelum ini.

Preity Zinta Membuktikan Usia 40an Bukan Halangan Kepada Kecantikan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Preity Zinta (@preityzinta) on

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Preity Zinta (@preityzinta) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Preity Zinta (@preityzinta) on


Sumber :  Berita Harian