[FOTO] Kerajaan Belanda Isytihar ‘Lockdown’, Rakyat Beratur Beli Ganja

Kerajaan Belanda baru-baru ini telah mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh negara selepas wabak COVID-19 menyerang lebih kurang 1,000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian di negara tersebut. Walaubagaimanapun, kelainan yang ditunjukkan oleh rakyat Belanda apabila mereka telah bertindak untuk beratur bagi membeli bekalan ganja sepanjang tempoh ‘lockdown’ tersebut. Menurut agensi berita RFI, para pengguna ganja [...]

Baru-baru ini kerajaan Belanda telah mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh negara angkara wabak COVID-19.

Wabak koronavirus ini telah menyerang lebih kurang 1,000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian di negara tersebut.

Namun begitu, gelagat yang ditunjukkan oleh rakyat Belanda sanagt mengejutkan apabila mereka telah bertindak untuk beratur bagi membeli bekalan ganja sepanjang tempoh ‘lockdown’ tersebut.

Menurut agensi berita RFI, para pengguna ganja telah berbaris panjang di luar kedai pada Ahad lalu bagi membeli bekalan ganja sebelum kedai menjual ganja tutup sepenuhnya bagi memenuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Menurut salah seorang pembeli ganja, Jonathan di luar kedai kopi The Point di The Hague, mereka akan putus bekalan ganja untuk sekurang-kurangnya dua bulan.

“Selama dua bulan yang akan datang, kita tidak boleh mendapatkan bekalan ganja, jadi lebih baik sekurang-kurangnya ada sedikit bekalan ini di rumah,”

Rata-rata rakyat Belanda menyerbu ke kedai ganja selepas beberapa minit Menteri Kesihatan dan Pendidikan Belanda memberi sidang media dengan mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh Belanda.

Perintah berkurung ini akan memberi kesan kepada penutupan sekolah dan seluruh kedai di negara tersebut.

Beberapa gambaran dapat dilihat apabila sesetengah pengguna sosial media telah bertindak berkongsi situasi semasa selepas perintah tersebut dikeluarkan.

Barisan panjang dapat dilihat di sekitar kedai-kedai menjual ganja di sana.

Mengikut undang-undang di Belanda, ganja sebenarnya masih salah, tetapi kerajaan di sana memberi kelonggaran kepada rakyat mereka dengan memiliki ganja tidak lebih daripada lima gram.

Di antara negara lain yang sudah mengeluarkan perintah lockdown adalah Italy, Sepanyol, Denmark, Perancis, Czech Republic dan Slovakia.