[FOTO] Cara Buat Lemang Tin Yang Sedap, Mudah & Rasa Macam Lemang Tradisional

Menjelang Hari Raya Qurban yang bakal tiba, ibu-ibu sibuk mencari resepi ketupat, lemang dan ketupat untuk dimasak dihari tersebut.

Lemang merupakan makanan kegemaran yang wajib ada dalam hidangan pada hari raya yang sering dipadankan dengan rendang.

Walaubagaimanapun, cara membuat lemang secara tradisional agak rumit dan memakan masa yang lama.

Oleh itu ramai diantara kita memilih untuk membeli sahaja lemang yang banyak dijual ditepi jalan ketika menjelang musim perayaan.

Satu resepi telah tular dilaman sosial Facebook yang dikongsi oleh Are Peace adalah resepi lemang tin yang telahpun mendapat ribuan perkongsian.

 

Resepi lemang tersebut lebih mudah dan ringkas namun mampu menghasilkan rasa yang sama dengan resepi lemang tradisional.

Raya kali ini bolehlah anda cuba resepi yang mudan dan sedap ini. Mari kita lihat resepi dan cara-cara membuatnya.

Resepi Lemang Tin

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 kg beras pulut
  • 1/2 kg santan pekat (anda boleh tambah sedikit air untuk samakan dengan pulut)
  • secubit garam

Cara-cara membuat lemang dalam tin adalah seperti berikut:

  1. Basuh tin minuman sehingga bersih (saya guna tin minuman saiz biasa)
  2. Apabila tin minuman telah bersih bolehlah masukkan daun pisang.
  3. Kemudian, basuh beras pulut sehingga bersih.
  4. Masukan beras pulut yang telah dibasuh ke dalam tin sebanyak 3/4 penuh.
  5. Masukkan santan sama paras dengan beras pulut tadi.
  6. Kemudian bolehlah masukan tin yang telah diisi tadi kedalam inner noxxa.
  7. Selepas itu, masukan air dalam inner suku dari tin tersebut(anda boleh rujuk gambar)

  8. HP selama 30 minit dengan noxxa.
  9. Selepas itu, keluarkan wap noxxa.
  10. Mulakan proses mengalihkan tin tersebut kedalam oven.
  11. Anda boleh mula membakar selama 15 ke 20 mnit pada suhu 200°c.
  12. Apabila telah siap tunggu sehingga ia sejuk dan keluarkan lemang dari tin.
  13. Lemang sedia dihidang bersama rendang kesukaan anda.

Nota Ringkas:
Anda tidka perlu risau jika anda tiada noxxa boleh terus bakar menggunakan oven pada suhu 180°c dalam 1jam 30mnit.

Anda boleh mengubah suhu dan masa mengikut kesesuaian oven masing-masing. Jika anda tidak mempunyai oven anda boleh menggunakan pengukus atau rice cooker.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua. Selamat Mencuba!!!