[FOTO] “Bukan sebab Yusri, tapi..” Lisa Surihani Dedahkan Keputusannya Berhijab

Sebelum ini para peminat selebriti tempatan digemparkan dengan khabar gembira di mana pelakon cantik, Lisa Surihani sudah pun berhijab.

Beberapa gambar yang dimuatnaik di laman sosial terutamanya Instagram memaparkan Lisa dengan imej terbarunya itu.

Menerusi satu temubual oleh Media Hiburan, Lisa memberitahu keputusannya untuk berhijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

Lisa berkata jika ada yang tanya apa kata suami, dia akan meminta untuk bertanya suaminya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

Ditata rias dan digayakan dalam busana dari @blancheur_co oleh @ramzamode dan @farahdinana #tanyadrimelda

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Bagi Lisa, perkara ini bukan sebab atau suruhan sesiapa, termasuk suaminya.

“Sebab saya merasakan ini bukan sebab atas suruhan atau sesiapa, termasuk dirinya. Cuma mungkin saya dapat rasakan, dia ingin saya buat keputusan tersebut sendiri, atas sebab yang betul.”

Menurut Lisa, dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi mengenai isu ini memandangkan ianya agak peribadi.

“Sejujurnya saya baru pulang dari menunaikan umrah di Makkah dan jika perkara ini mudah, saya cepat-capat akan kongsikan gambar dan beri masing-masing faham.

“Akan tetapi, di sebalik kenapa saya kenakan hijab, ia amat peribadi.”

Walaubagaimanapun menurut Lisa lagi, keputusan untuk berhijab ini bukanlan satu keputusan yang dibuat dalam satu malam saja.

“Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman. Ia satu perjalanan yang panjang jadi pada masa yang sama, kenapa saya tak begitugemar dengan perkataan imej ataupun new look kerana ia ibarat mengehadkan definisi hijab pada sisi pemakaian sahaja.”

Beberapa hari lepas, Lisa Surihani menarik perhatian netizen apabila dia dilihat mengenakan hijab bersama rakan artis yang lain.

 

View this post on Instagram

 

love them 💙

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

Semoga Lisa Surihani terus istiqamah berhijab dan menjadi contoh buat peminat-peminat di luar sana.