[FOTO] Berselawat & Berarak, Kaum Cina dan Orang Ulu Sertai Maulidur Rasul

Seperti yang kita semua ketahui, tanggal 9 November 2019 adalah hari sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam.

Terdapat banyak negeri yang menyambut meriah sambutan pada kali ini dan turut mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul.

Perarakan daripada pelbagai jenis etnik.

Perarakan Maulidur Rasul hari ini meriah apabila turut disertai oleh pelbagai kaum. Bukan semata-mata orang Melayu sahaja, malahan beberapa komuniti lain turut terlibat.

Ini berlaku di negeri Sarawak apabila penglibatan kaum dan etnik lain yang turut sama menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Perarakan Maulidur Rasul negeri Sarawak meriah

Sebagai contoh, masyarakat di negeri Sarawak yang tidak melepaskan peluang sama-sama berarak menujukkan semangat cintakan junjungan besar Rasulullah S.W.T.

Sementara itu, ketika sambutan berlangsung KETUA Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menyaksikan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Padang Merdeka, Kuching.

Komuniti beragama Islam dari etnik berlainan itu telah pun berarak sejak pagi lagi dengan masing-masing memperagakan busana etnik suku kaum mereka.

Menerusi Berita Harian beberapa perkongsian di laman sosial Facebook memaparkan kemeriahan sambutan di Padang Merdeka Kuching.

Setiap kumpulan berarak di Padang Merdeka dengan memakai kemas baju kaum dan etnik masing-masing mengikut kumpulan.

Wajah sebenar Malaysia

Rata-rata netizen berasa begitu teruja apabila perarakan tersebut diadakan sambil memperlihatkan pakaian budaya masing-masing.

Kaum melayu manis berbaju kurung roma hijau bagi wanita dan diserikan lagi peserta lelaki kaum melayu yang tampak bergaya dengan tanjak dan samping.

Kaum cina yang memakai baju tradisional mereka tampak menarik beroma merah dan dan perarakan dari kaum ini turut disertai peserta cilik.


Menambah kemeriahan apabila perarakan dari komuniti Orang Ulu yang anggun bergaya mengenakan pakaian tradisional mereka yang unik dan cantik.

Biarpun mereka berbeza etnik dan kaum, agama yang dipegang masih lagi pada agama sama dan menjadikan kita semua adalah saudara seagama dalam Islam.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen berasa bangga dengan keunikan dan kepelbagaian serta keharmonian yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.