Fokus Tonton Filem Mat Kilau, Reaksi Isteri Warga Amerika Nangis Raih Perhatian Netizen

Filem Mat Kilau yang diinspirasikan oleh tokoh sejarah Malaysia ini mengisahkan tentang pahlawan Melayu bersama dengan ayahanda, Tok Gajah serta sahabatnya yang memperjuangkan tanah air dan bermati-matian menentang penjajahan British di Pahang.

Siapa sangka walaupun ada pihak yang mengatakan filem genre sebegini tidak akan meraih sambutan tetapi pengarah Syamsul Yusof telah membuktikan bahwa filem seperti ini mampu membawa industri perfileman Malaysia untuk ke ‘next level’.

Tidak dapat dinafikan lagi, filem Mat Kilau sememangnya telah mencetus fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura, Brunei dan Indonesia. Di atas permintaan yang tinggi, baru-baru ini Mat Kilau telah ditayangkan di aplikasi Netflix sekaligus membolehkan ramai penonton yang tidak berkesempatan untuk menonton di rumah bersama keluarga.

Seperti yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki sempat merakam isterinya yang gagal menahan airmata ketika menonton Filem tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @jaibhrdn ini memaparkan isterinya yang merupakan warga America sedang menonton filem Mat Kilau di rumah mereka.

“Mula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata..” tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.


Difahamkan, pada awalnya isterinya itu mengatakan dia mengantuk namun lama kelamaan dilihat dia semakin tertarik dan fokus dengan filem itu malah matanya juga berkaca.

Walaupun banyak kritikan dan kontroversi sepanjang tayangan namun ramai pihak yang masih memberi pujian. Siapa yang sudah menonton, mesti ada yang mengalirkan air mata dengan beberapa babak dalam filem ini.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan perasaan dimana mereka juga mengalirkan air mata menonton filem Mat Kilau.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengatakan ingin melihat reaksi isterinya selepas menonton filem tersebut.

Antara komen warganet:

“First mula-mula tu pun dah berlinang air mata…masa dia bunuh orang kampung kat bendang…”


“Nak tengok reaksi bini abang..bila tengok part rokiah kena pijak perut tu..”

“Ada record respon dia lepas tengok movie tu? tag saya boss nak tengok dengan air mata dia sekali..”

“Tahniah Syamsul Yusof melayar filem pahlawan Tanah Melayu ke antarabangsa..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@jaibhrdnMula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata 😂♬ Funny Song – Cavendish Music