[VIDEO] Fatin Afeefa ‘Best’ Cover Lagu Seventeen, Dipuji Artis Cun Dan Berbakat

Kalau anda di antara peminat drama dan filem tempatan pasti anda kenal dengan pelakon Fatin Afeefa yang merupakan di antara pelakon kanak-kanak yang sehingga kini sentiasa menjadi perhatian ramai.

Fatin juga mempunyai hobi menyanyi dan selalu memuat naik cover lagu di laman Instagram.

Nyanyian cover lagu Seventeen bertajuk ‘Kemarin’ dari fatin Afeefa ini mendapat pujian netizen apabila suaranya membuatkan mereka terpukau.

Kapsyen Instagram :

Kemarin – seventeen

Sorry, imagine remote tv tu mic please

#fabuatcover #kemarinseventeen#seventeen #kemarincover

 

View this post on Instagram

 

Kemarin – seventeen Sorry, imagine remote tv tu mic please 😂 #fabuatcover #kemarinseventeen #seventeen #kemarincover

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on

Bukan sekadar bakat nyanyiannya dipuji ramai malah Fatin juga dilabel sebagai selebriti paling cun di Malaysia. Mana taknya, meskipun sudah dikurniakan anak namun dia tetap kelihatan cantik.

Fatin Afeefa ataupun nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin (lahir 13 Julai 1994) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Fatin Afeefa memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dan Fatin terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.

Dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun.

Drama pertama Fatin Afeefa ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.

10 tahun kemudian, Fatin Afeefa berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Fatin Afeefa muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar.

Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.

Fatin Afeefa berkahwin dengan pelakon Adam Shah pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan 2 anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017.

Fatin Afeefa juga terkenal dengan penjagaan badannya walaupun sudah memiliki dua orang anak tetapi penampilan dan fizikal pelakon Fatin Afeefa kekal bagaikan seorang anak dara.

Lalu, impiannya juga adalah untuk kekal langsing, dengan miliki pinggang ramping!

Kisahnya, pelakon berusia 24 tahun itu ada memuat naik sepotong video di akaun Instgaram, menyatakan perasaan gembira dan teruja apabila berjaya mendapatkan pinggang ramping bak kerengga!

“My goals for 2019 is nak dapatkan pinggang 24 inci..I sangat happy! I nak buat challenge utk dapatkan pinggang 24 inci .. Yeah! Saya berjaya 2 minggu lepas! I dh berjaya…

“Senang je tips , korang kena pakai 8 jam sehari, I akan pakai masa tidur sahaja,” katanya sambil merakam video berkenaan, sambil menyatakn bengkung yang dipakai juga selesa.

“Pakai without fail every day time tidur for 8 hours. Nak lagi best, pakai hot lotion. Selesa sangat.

“Sekarang nak tidur kalau tak pakai, rasa tak complete. Gonna rock my 2019 with my 24 inch waist,” tulisnya di ruangan kapsyen.