Ezzaty Abdullah Tidak Segan Jual Mi Udang Untuk Bayar Gaji Pekerja Yang Terjejas

Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia masih menjalani  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi mengekang penularan wabak Covid-19.

Oleh itu, ramai diantara kita terkesan dan mengambil pelbagai inisiatif untuk menambah pendapatan antaranya menjual makanan secara dalam talian.

Ezzaty Abdullah jual mi udang 

Malah, pelakon Ezzaty Abdullah tidak menyangka mi udang yang dijual secara suka-suka mula menjadi serius dan mendapat sambutan ramai.

Menurut Ezzaty, dia terpaksa memadam status membuka tempahan yang dimuat naik di laman sosial berikutan menerima permintaan yang terlalu tinggi.

 

View this post on Instagram

 

Cinta hatiku @azwankombos ❤️ 👗 @firzieycouture

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

“Saya ada bertanya di laman Instagram jika ada yang ingin membuat tempahan”.

“Pada mulanya saya berkongsi hanya sekadar gurauan kerana tak menyangka akan ada orang yang membuat tempahan, kalau ada pun mungkin lima atau enam orang saja” ujarnya.

Terkejut kerana mendapat banyak tempahan

Namun begitu, pelakon ini sama sekali tidak menyangka apabila mendapat banyak tempahan.

“Tapi, tak sampai 10 minit saya sudah terima kira-kira 60 mesej tempahan. Saya terkejut dan jadi takut dan saya terus padam posting itu.

 

View this post on Instagram

 

Tengah mula packing slot Hari ni punya. @meeudang_kaklong

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

 “Daripada 60 orang, saya cuma ambil 35 pesanan kerana saya takut tak mampu memenuhi semua permintaan,” ujarnya kepada mStar.

Risau tidak dapat memenuhi permintaan 

Ujar Ezzaty lagi, pada awalnya dia berasa bimbang tidak dapat memenuhi tempahan yang banyak dalam masa singkat.

“Pada mulanya memang agak kelam kabut kerana saya tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak”.

“Setelah beberapa hari, baru saya berani untuk ambil lebih banyak tempahan,” jelasnya lagi.

Sementara itu isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu berkata, dia mencuba nasib dalam bidang perniagaan.

Sumber pendapatan untuk bayar gaji pekerja spa

Ini kerana ia turut menjadi salah satu sumber pendapatan bagi membayar gaji pekerja spa milik mereka.

“Kami orang seni tiada pendapatan. Saya ada bisnes spa tapi masih belum boleh beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan”.

Pening memikirkan cara untuk bayar gaji staf

“Saya dan Azwan dah pening memikirkan cara untuk membayar gaji staf kami”.

Kami tidak mahu menggunakan duit simpanan kerana duit itu mahu digunakan untuk membeli rumah. Inilah salah satu cara saya dan suami cari duit,” jelasnya.

Semoga perniagaan mereka semakin maju dan kisah ini boleh menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana.