Elon Musk uji ‘Kapal selam’ mini, sedia dihantar dalam masa 17 jam

Selepas empat mangsa berjaya dikeluarkan, Musk beberapa jam lalu berkongsi video ‘kapal selam’ kecil yang diuji di kolam renang dekat Los Angeles.

Elon Musk berkongsi video ‘kapal selam mini’ yang dicadangkan pada Ahad bertujuan sebagai peranti dalam misi menyelamat mangsa yang terperangkap di gua Tham Luang.


‘Kapal selam’ mini itu turut diuji untuk melalui kawasan yang sempit mengikut keperluannya dalam misi menyelamat mangsa di laluan mencabar di gua berkenaan.

Tiub berkenaan mempunyai diameter sepanjang 31cm dengan berat ketika kering lebih kurang 40 kilogram.

“Dengan berat ini, ia mudah untuk dibawa di kawasan separa berair dalam gua berkenaan.

“Kami juga berjaya membuat rekaan yang tepat agar tidak menyebabkan laluan pada gua berkenaan tersumbat,” katanya menerusi akaun Twitter.

Malah, ilustrasi penggunaan ‘kapal selam’ mini berkenaan turut dikongsikan menerusi sebuah lakaran.

Elon Musk menjalankan proses ‘brainstorming’ serta mengumpulkan idea yang paling sesuai dengan kepakaran yang ada untuk membantu mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap sejauh empat kilometer di dalam gua berkenaan.

Musk turut memberitahu ‘kapal selam’ mini berkenaan mengambil masa 17 jam untuk tiba di Thailand.

 

Sumber: Astro Awani