Dulu Percuma Kini Berbayar, Tempat Duduk Tengok Sunset Kena Bayar RM10 Buat Ramai Kurang Senang!

Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Sabah bahkan ciptaan alam seperti gunung ganang, sungai dan juga pantai turut memberikan ketenangan kepada pengunjung sesuai bagi sesiapa yang nak ambil ‘mood healing’.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, bukan sahaja cantik malah ada juga sesetengah pantai di sana menjadi tumpuan ramai kerana boleh melihat matahari terbenam dengan angin yang sepoi-sepoi.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok @willbert_91 telah berkongsi sebuah video menunjukkan gambar meja dan kerusi di Pantai Tg. Aru Kota Kinabalu, Sabah dan harga yang perlu dibayar untuk duduk di kerusi tersebut.

Dapat kita lihat, harga yang dikenakan berbeza iaitu pada harga sebelum jam 5 petang adalah RM5 manakala selepas jam 5 petang berharga RM10.


Hal ini kerana, difahamkan tempat duduk tersebut merupakan ‘spot’ yang cantik untuk melihat matahari terbenam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan serta persoalkan sama ada tempat duduk itu dibina oleh pihak berkuasa tempatan atau ‘peniaga’ tersebut sehingga perlu membuat pembayaran.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui itu bukanlah perkara yang baharu kerana sekitar pantai Port Dickson juga banyak peniaga kenakan caj untuk tempat duduk dan juga sewa payung agar dapat ‘spot’ cantik.

Antara komen warga maya:

“Ni dah kira open table.. memang lepas ni saya bawa tikar sendiri je nak lepak”

“Baru duduk nak makan ada akak tu datang adik nak duduk kat meja ni kena bayar.. terkejut juga lah”


“Meja dengan kerusi tu pbt sedia kan atau private?? kalau private punya tak boleh buat apa.. harta dia..”

“Nak healing pun kena bayar”

“Hari tu pergi bercuti kat pantai, duduk kat kerusi pun kena bayar rm3”

“Jangan pula hirup udara situ dia charge rm5 sudah”


Video yang tular di laman TikTok:

@willbert_91 No komen. Duduk pantai kena bayar. 😂 damn. #fypシ #fyp #foryoupage ♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s fifty.💋💅🏻✨