Bayi 18 Hari Maut Selepas Mulutnya Dicium, Doktor Dedah Bahayanya

Kadang-kala tanpa kita sedari, ada risiko yang menanti ibu dan bapa apabila membenarkan bayi mereka dicium oleh orang ramai.

Walaupun ia dianggap perkara biasa, namun ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi anda.

Risiko mencium mulut bayi boleh mengundang maut

Kebiasannya apabila rakan-rakan dan saudara-mara datang melawat pastinya ada yang geram sehingga bertindak mencium mereka.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, perbuatan mencium mulut bayi mempunyai risiko tersendiri sehingga boleh membawa maut.

Tolonglah jangan cium di mulut bayi

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Dr Ahmad Luqman Bukhari sempat berpesan supaya elakkan mencium bayi di mulut kerana ia boleh mengundang bahaya.

“Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium tapi tolonglah jangan cium kat mulut bayi sebab tu mungkin boleh jadi punca si comel tu pergi buat selama-lamanya.”

Selepas dua jam dicium, bayi itu mula lembik 

Menurut Dr Ahmad Luqman yang mengimbas satu peristiwa yang menyaksikan bayi berusia 18 hari meninggal dunia kerana jangkitan herpes.

“Dalam masa dua jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, emaknya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.”

Pernafasan bermasalah dan organ badan gagal berfungsi

“Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pula bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi.”

“Kesian sangat. Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus herpes yang tersebar melalui ciuman,” ujar Dr Ahmad Luqman.

Ujar Dr Ahmad Luqman, tak salah untuk mana-mana individu menzahirkan rasa kasih sayang dan bermanja dengan si cilik itu, namun mereka perlu peka dengan risiko menanti.

Tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian.

Tak salah suka dan sayang pada anak

“Tak salah kita ni suka sangat kat budak, sayang benar kat anak. Kadang tu punyalah cute dia orang ni sampaikan rasa nak cubit-cubit pipi tembam tu. Nak cium-cium dan tak nak lepaskan sebab best sangat bau baby.”

“Tapi kalau kita sengaja cium kat mulut dia, banyak kuman yang terdapat pada mulut berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel tu.”

“Pada kita ni, jangkitan seperti virus RSV, penyakit Hand, Mouth and Foot disease, Herpes HSV-1 boleh jadi tak bagi kesan sikit pun.”

Kalau berjangkit pada bayi, tubuh mereka akan jatuh sakit

“Malangnya kalau terjangkit pada baby, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian,” jelasnya lagi.

Selain itu, Dr Ahmad Luqman turut membuat beberapa peringatan berhubung cara mengendalikan bayi termausklah menjaga kebersihan diri dan mengelakkan kehadiran tetamu yang sedang tidak sihat.

Halang perokok datang dekat pada bayi

“Selalu cuci tangan dulu sebelum sentuh bayi dan elakkan cium mulut bayi. Jangan terima pelawat yang tak sihat terutamanya kalau ada yang selsema, demam, batuk, dan sakit badan.”

“Halang perokok dari datang dekat dengan bayi kita sebab habuk rokok yang melekat dekat badan tu boleh buatkan saluran pernafasan si comel tu meradang dan sesak nafas.”

Bayi tiga bulan berisiko kerana imuniti badan sangat rendah

“Kerapkan cuci permainan bayi dengan air dan sabun. Bayi berusia bawah tiga bulanlah paling berisiko sebab imuniti badan dia masih sangat rendah.”

“Sebab tu sebolehnya kita jangan bawa dia ke tempat yang ada ramai orang seperti mall, restoran atau pun expo,” jelas doktor yang bertugas di Hopsital Tunku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan pengajaran bagi kita semua untuk lebih peka dan prihatin dengan kanak-kanak.