Doktor Ini Kongsi 15 Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Semua orang tahu betapa lamanya nak tunggu giliran di hospital kerajaan walaupun hanya untuk demam dan selsema kan?

Kalau nak ke klinik swasta paling kurang pun anda kena sediakan duit lima puluh ringgit juga.

Dr. Asmi Syabil yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Kecemasan telah berkongsi pendapatnya supaya setiap orang sekurang-kurangnya memiliki 15 ubat ini sama ada di rumah, asrama atau di mana-mana saja.

Jom kita ikuti perkongsian beliau.

_________

Ubat-ubatan yang wajib anda simpan dirumah,asrama atau diatas kereta. Antara perkara yang boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”.

Tak kisah lah tengah tunggu kawan yang asyik “on da way”,atau tunggu saudara mara bersiap nak ke kenduri,menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangkawaktu yang lama.

Bak lirik lagu “penantian itu satu penyiksaan”.

Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi sentiasa tidak pernah surut)

Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.Antaranya seperti:

• Demam

• Batuk

• Selesema

• Cirit-birit

• Gatal-gatal badan

• Muntah

• Sakit perut

• Pening

• Sakit kepala

Jadi,kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.

Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.

Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.

1. Paracetamol 500mg

Rasanya semua kenal ubat ini. Boleh diambil kalau korang mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepada dan sebagainya.

Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan), tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari

2. Loratadine 10mg

Ubat dalam kategori antihistamin digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya orang selalu cakap ‘resdung’.

Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari

3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Kalau korang dah selalu jumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan, mesti kenal dengan ubat ni.

Sama seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin yang digunakan untuk mengurangkan gejala alahan atau gatal-gatal.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa ngantuk, so elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi yang sedang berkerja.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari

4. Diclofenac sodium 50mg (Voltaren)


Ubat tahan sakit atau radang yang tergolong dalam kategori NSAIDs. Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.

Sesiapa yang ada gout mesti kenal seab ini antara ubat yang wajib makan kalau terkena serangan gout. Elakkan pengambilan ketika perut kosong atau bagi korang yanga da gastritis.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu

5. Metoclopramide HCI 10mg (Maxolon)

Ubat untuk gejala loya dan muntah, juga digunakan untuk migrain. Ibu-ibu yang mengandung mengalami rasa loya dan muntah-muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

6. Buscopan 10mg

Mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu

7. Ranitidine 150mg (Zantac)

Dos disyorkan: 1 biji, dua kali sehari

8. Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)

Ubat ini diambil untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu

9. Activated charcoal 250mg

Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari

10. Oral Rehydration Salt (ORS)

ORS ini sering dipreskripsi oleh doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas.

Dos disyorkan: 1 paket apabila perlu

11. Mist Magnesium Trisilicate (MMT)

Sama fungsinya seperti Gaviscon. Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.

Sila ambil sebelum makan dan pastikan korang tidak makan apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

Dos disyorkan: 15ml, tiga kali sehari

12. Ubat batuk

Boleh je beli di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka, daripada korang penat nak tunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.

13. Ammeltz yoko yoko

Kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan oleh doktor untuk mengurangkan ketegangan otot. Ini pun banyak dijual di luar dan sangat berguna untuk mengurangkan sakit otot atau lenguh-lenguh badan.

14. Chloramphenicol eye drop

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis, iaitu bila korang bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.

15. Termometer

Eloklah kalau korang beli dan simpan satu di rumah untuk check suhu badan sendiri. Julat suhu normal ada pelbagai mazhab. Tapi kebiasaan yang digunakan adalah suhu 38 celcius dan ke atas maknanya korang memang demam.

Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.

Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.

Dr.Asmi Syabil
Pegawai Perubatan Kecemasan