“Doakan perjalanan saya dan baby no 2” Sarat Hamil, Mia Ahmad Tunai Umrah

Pelakon Mia Ahmad berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Namun, ibadah umrah kali ini tidak ditemani suami dan anak sulungnya.

Menurut Mia, umrah ini adalah sangat bermakna kerana ianya hadiah hari jadi daripada suaminya Izham Tarmizi.

Sebelum berangkat Mia sempat memohon maaf kepada semua menerusi perkongsian Instagram dan meminta doa dipermudahkan perjalanan serta ibadah diterima dan diredhai.

“Assalamualaikum W.b.t Sebentar lagi saya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Doakan perjalanan saya dan baby no 2 di permudahkan, ibadah di sana di terima dan di redhai Allah S.W.T.

“Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan halalkan hutang saya pada anda (jika ada) .

“To my husband @izhamtarmizi24 terima kasih untuk birthday present yang bermakna untuk tahun ini, Mia minta nak pergi umrah utk birthday this year.

“Hujung tahun kita pergi sama-sama pula k dengan @sayf.issa , InsyaAllah”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Rata-rata para peminat mendoakannya supaya selamat perjalanan dan dipermudahkan urusan ibadahnya.

Izham dan Mia dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September 2017. Mia Ahmad dan Izham berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.