DIY Ala-ala Wainscoting Hanya RM50, Lelaki Ini Tunjukkan Cara Mudah dan Simple

Ramai di antara kita suka menghias rumah. Ini kerana rumah yang cantik memberikan satu kepuasan dan suasana yang tenang bagi si pemilik rumah.

Pelbagai perkongsian mengenai tips di laman sosial yang dikongsi bagi membantu orang ramai menghias rumah mereka.

Dek kerana harga pereka dalaman rumah yang agak tinggi ramai diantara kita lebih memilih untuk melakukan sendiri dekorasi rumah mereka berdasarkan perkongsian di laman sosial atau mendapat ilham di ikea yang menyediakan showroom yang menarik disana.

Baru-baru ini telah tular beberapa perkongsian menghias dinding yang dikenali sebagai wainscoting yang dilalukan sendiri.

Ia bertujuan menghias dinding rumah anda menjadi lebih cantik dan anda mampu membuatnya sendiri dengan kos yang murah dan hasilkan dinding yang mahal.

Mari kita lihat perkongsian wainscoting yang bajet yang berharga RM50 sahaja namun mampu menghasilkan hasil dinding yang mengagumkan.

Mari kita lihat perkongsian dari seorang saudara Shafeq Bada ini.

Feature Wall Bajet RM50 Untuk Ruang Tamu

Hari raya lepas bajet banyak burst. So aku terpaksa la deco umah ala kadar. Bagi yang baru nak duduk rumah baru, tak banyak deco atau perabot boleh cuba buat ni kat ruang tamu.

Baca: Wainscoting DIY Murah

Asalnya dinding memang kosong dan tidak letak apa-apa. Frame pun nak beli cost dalam beratus jugak. Akhirnya, aku beli set roller kit (brush, roller & masking tape) dalam rm20 kat kedai Mr.DIY & cat nippon rm29.90 (1 liter) n inilah hasilnya.

Dinding ala-ala corak wainscoting idaman saya. Tak payah beli frame gambar banyak-banyak dah nampak penuh rumah.

Langkah-langkah membuat wainscoting diy yang jimat dan cantik:

Pada yang mahu cuba boleh ikut cara ini:

  1. Gunakan masking tape utk buat bentuk square/frame.
  2. Mulakan dari frame kiri & kanan dulu, last baru frame yang tengah supaya nampak balance.
  3. Pastikan jarak tiap bucu square dalam 1 kaki
  4. Bila frame sudah siap lukis pakai tape, boleh la cat macam biase.
  5. Bila dah siap cat, anda biarkan sampai cat kering.


6. Bukak balik masking tape yang korang buat tadi then settle. Cuma kena touch sikit kat bucu2-bucu frame tu jela pakai cat dan siap!


Buat ini tak sampai setengah hari pun. Tak payah pikir nak beli wallpaper dah. Bajet sikit dan amik masa pun sekejap. Boleh la cuba nanti ye.

Siapa kata anda perlu berbelanja lebih untuk menghias rumah. Dengan hanya RM50 ringgi anda mampu menghasilkan dinding yang cantik dan menarik.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca dan selamat mencuba!

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)