Dituduh ‘Lipsync’, Gadis Viral Suara Persis TokTi Akhirnya Nyanyi Secara Live!

Terdahulu, tular di media sosial dimana seorang wanita berlesung pipit yang dikenali Layka Al Funsu menyanyikan lagu Dato Seri Siti Nurhaliza yang popular iaitu Nirmala di laman TikToknya.

Manakan tidak, reaksinya yang bersahaja duduk di atas kerusi gaming sambil menarik lagu tersebut membuatkan ramai kagum mendengarnya.

Bahkan, jika diamati, suaranya sememangnya sangat persis dengan TokTi. Pun begitu, ada juga netizen yang mengatakan ianya hanyalah sekadar ‘miming’ kerana sangat iras dari segi lenggok nyanyian.

Walaupun Layka sudah menepis dakwaan bahawa dia tidak melakukan ‘lip sync’, namun ramai daripada netizen tidak mempercayainya kerana terlalu lunak dan merdu.

Bagaimana pun, baru-baru ini gadis tersebut dikatakan menyanyikan sebuah lagu secara live di sebuah program.


Tidak dinafikan, ramai dikalangan netizen kagum dengan suaranya malah seakan tidak percaya gadis tersebut tidak melakukan ‘lipsync’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji suara gadis ini malah menasihatiorang ramai agar tidak membuat andaian sendiri.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa dalam ramai-ramai yang memiliki suara iras penyanyi NO 1 Negara, Layka adalah orang yang paling persis terutamanya di bahagian lenggok dalam nyanyian.

Netizen juga berharap agar dengan bakat yang Layka ada, dia boleh pergi ke peringkat yang lebih jauh seperti menceburi bidang nyanyian.

“Jangan ada yang komen cakap auto tune lagi sudah lah,” perli seorang pengguna TikTok:

Antara komen warga maya:

“Best suara boleh pergi jauh”

“Tulah asyik cakap tak percaya la..”


“Suara dia memang best.. bila dia buat live orang kata suara dia fake.. padahal tu memang suara betul dia”

“Yang mana dulu kata dia guna auto tune tu mesti terdiam”

“Dari live tiktok ke pentas dan up terus jadi artis aamin..”


Video yang tular:

@faiztukirinjgn ada yg komen ckp auto tune lagi sudah lah♬ original sound – Bukan_faiZ

@boyiraaniqanas Ya maulai cover by layka al funsu #yamaulai #laykaalfunsu #fyp #fypシ #masukberanda #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #datositinurhaliza ♬ original sound – ️ – ️