Ibu Dipukau Sampai Bayar RM600, Wanita Dedahkan Cara Scammer TNB Perdaya Mangsa

Begitulah sifat manusia. Sanggup buat apa saja bila terdesak. Sampai sanggup menipu dan mencuri untuk keuntungan diri sendiri tanpa rasa bersalah.

Walaupun sudah tahun 2022, masih ada lagi yang percaya dengan tipu helah mereka. Sebab itu orang kita selalu diminta untuk peka dengan kejadian sekeliling.

Sama seperti kisah yang diceritakan oleh guru sekolah ini apabila ibunya telah dipukau oleh seseorang yang menyamar sebagai pekerja TNB.

Menurutnya, lelaki itu masuk ke dalam rumah dan bertindak memotong paip getah gas itu dan meminta bayaran RM600 kepada ibu wanita bernama Nor Zaina Zanariah itu.

“Assalamualaikum.. Buat semua sahabat muka buku, terutama yg duduk area Kg Sg Terap Dan Batu Gajah.

“Semalam dalam pukul 2 lebih mak sy telah didatangan seorang lelaki yg memakai pakaian seragam TNB.

“Katanya nak tengok kotak api depan rumah dan nak tahu nombor siri tong gas dengan alasan rumah di kampung sebelah tong gas seorang penduduk meletup sampai kena panggil bomba.

“Mak saya seperti dipukau terus buka pintu. Kebetulan mak saya tinggal seorang diri. Saya pula balik lambat dari sekolah kerana ada mesyuarat.

“Apabila orang tu masuk ke rumah, terus dia ke dapur dan tengok-tengok tong gas. Tiba-tiba dia minta pisau. Mak saya pun beri pisau kepadanya,” ceritanya di Facebook.

Lelaki penyamar itu berlakon seolah-olah paip getah gas itu sudah bocor. Oleh itu dia datang dan membuat pemeriksaan dan meminta bayaran atas khidmatnya itu.

“Selesai semuanya, dia meminta bayaran sebanyak RM600 dan mak terus bayar. Tak terfikir harganya sangat mahal. Dia siap minta mak tandatangan resit tetapi resit tersebut dibawanya pulang.

“Bila orang tu dah balik baru mak saya tersedar yang dia dipukau dan baru terfikir harga paip tu mahal sangat, dan paip getah gas baru saja ditukar pada bulan lepas.

“Mak terus telefon kakak saudara yang bekerja di TNB dan menceritakan perkara yang berlaku. Kakak saudara cakap pihak TNB tak ada buat pekerjaan tukar paip gas di rumah pelanggan. Di situ memang mak saya sedar dia telah ditipu dan dipukau.

“Diharap semua yg berada dirumah terutama golongan tua berhati2 dengan org ni.. Mak sy ckp orgnya berkulit cerah, berbadan agak gempal Dan agak berusia. Datang menaiki motor.. Hati2 semua.” katanya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kg. Sg. Terap, Batu Gajah. Mujur ibu Zaina tidak diapa-apakan oleh si penyamar itu.

Zaina sempat memesan kepada orang ramai terutama sekali yang sudah berumur agar lebih berhati-hati supaya tidak mudah ditipu seperti yang ibunya alami.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memanjatkan rasa syukur kerana ibu Zaina selamat daripada dicederakan oleh penyamar itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di Facebook