Dinafikan Hak Oleh KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Akhirnya Dapat Respon KFC

Pandu lalu merupakan perkhidmatan untuk pelanggan membuat pesanan makanan dan minuman tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka dan dalam masa yang sama dapat meudahkan orang ramai tanpa perlu turun beratur di kaunter.

Namun lain pula kisahnya dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini dimana hak seorang wnaita dinafikan untuk membeli makanan secara pandu lalu kerana anda ‘istimewa’.

Menerusi video tersebut, dia yang dikenali sebagai Aira meluahkan kekecewaan apabila dirinya tidak boleh membuat pesanan di pandu lalu KFC.

“Sebenarnya saya kecewa..tadi saya pergi masuk drive thru KFC ..semasa masuk drive thru, screen cakap nak apa, tapi saya tak boleh dengar dan cakap”

Difahamkan, Aira merupakan seorang kelainan upaya kerana pekak bisu dan mahu membuat pesanan di pandu lalu tetapi dirinya diminta untuk masuk ke dalam restoran untuk membuat pesanan.

“Haritu (dulu)staff yang saya kenal cakap boleh terus order melalui drive thru (pass screen)”

“Saya tulis apa-apa atau tunjuk menu yang saya nak. Staff baik dan faham saya pekak”

Dikatakan, aira datang ke KFC yang sama namun diberi layanan yang berbeza. Tidak seperti waktu dia datang tempoh hari.

“Hari ni saya pergi KFC melalui drive thru yang sama kerana saya nak order lagi.. tiba-tiba staff lain suruh saya pergi kaunter dalam KFC” ujarnya lagi.

Aira juga sempat bertanya adakah kerana dia pekak dan bisu membuatkan dia tidak dapat membuat pesanan di drive thru namun staff memaklumkan dia tidak dapat terima pesanan AIra melalui pass screen.

Aira dengan perasaan kecewa keluar semula daripada KFC dengan keadaan menahan lapar dan membatalkan niat untuk membeli makanan di situ.

Video yang tular di TikTok.

@aira_meor Sy kecewa sikit buat kali 2. Xpe sy merayu pihak KFC HQ menaik taraf screen utk Pekak. #kfc #tiktokmalaysia #bahasaisyaratmalaysia #fyp #deafawarness ♬ Sadness – Official Sound Studio

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 563.0K tontonan, 83.2 tanda suka, 3449 komen dan 2763 perkongsian di laman TikTok @aira_meor.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Aira dan berharap agar KFC dapat menaik taraf sistem mereka agar kejadian seperti ini tidak berulang dan orang kurang upaya juga akan mendapat layanan sama rata..

Ekoran video tular itu, pihak KFC Malaysia turut tampil untuk memohon maaf kepada wanita tersebut dan mengatakan tindakan sewajarnya telah diambil.


Semoga dengan ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tdan berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi kelak.