“Dilahirkan sejak azali tanpa rahim,” Satu Dalam 5000, Rebecca Kongsi Kisah Wanita Hebat Wani Ardi

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menyatakan kagumnya atas anugerah yang dikurniakan kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi rancangan temubual di sebuah program televisyen. Jelasnya, wanita yang dikenali sebagai Wani Ardi itu dilahirkan tanpa rahim namun melalui kehidupan ini dengan penuh semangat dan kesyukuran.“WANITA Yg bersama mummy Becca ni sgt [...]

Semalam merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia di mana ianya disambut di seluruh dunia pada 8 Mac setiap tahun.

Turut sama meraikan hari tersebut, pelakon popular Datin Rebecca Nur Al-Islam menyatakan kekagumannya ke atas anugerah yang dikurniakan kepada seorang wanita yang baru dikenali menerusi rancangan temubual di sebuah program televisyen.

Menurut Rebecca, wanita yang dikenali sebagai Wani Ardi itu dilahirkan tanpa rahim namun melalui kehidupan ini dengan penuh semangat dan kesyukuran.

“WANITA Yg bersama mummy Becca ni sgt HEBAT,WANITA TerPilih Oleh Allah SWT,WANITA Yg Kuat.

“MasyaAllah bak kata nya 5000 dalam 1 !!Dan Satu tu la DIRInya….Di LahirKan Sejak Azali lagi Tanpa Rahim,WANITA Hebat Ini Kuat Dari Segi Mental Dan Fizikal nya,Murah dgn Senyuman,Dan Murah dgn berKongsi Cerita,

“Saya Berbangga Dgn Anak Muda Ini,Tidak Malu BerKongsi Cerita Dgn Anugerah Yg Diberi Allah SWT padanya ,Malahan Sekarang, WANITA Ini byk buat TALK Utk Memberi semangat kepada WANITA WANITA lain.

“Siapa Kenal dia taq kan nama dia kat sini please,Mummy Becca Lupa Nak tanya IG nya.

“Mummy Becca DOA kan,Anda Sentiasa Kuat,Dan Bahagia Dunia Akhirat,Nice to meet you,”

Terharu dengan perkongsian berkenaan, Wani Ardi mengucapkan terima kasih menerusi ruangan komen.

“Salam, Datin Becca. Subhanallah ‘jahat’ tau tulis caption macam niiii Thank you so much for such kind and thoughtful doa. Insyaallah, amin ya rabbal alamin. Semoga doa yang baik² berbalik ke Datin Becca dan keluarga. Saya doakan. I also learned a lot from your sharing. Love your humility and your girlpowerness hehe”

Wani Ardi atau nama sebenarnya Nur Syazwani binti Abdul Rahim ialah seorang penulis kreatif dan penyanyi-penulis lagu bebas Malaysia.

Beliau disahkan menghidap Sindrom Mayer–Rokitansky–Küster–Hauser (MRKH) pada usia 18 tahun iaitu gangguan kongenital yang berlaku kepada satu dalam setiap 5000 wanita.