Dikejar Monyet, Budak Lelaki Selamba Paut Kaki Wartawan Masa Live Undang Dekah Ramai!

Tentunya ramai di anatara kita yang mempunyai pengalaman dimana dikejar oleh binatang seperti anjing, angsa ataupun monyet bukan?
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, jika kita pergi ke sungai ataupun pantai pasti kita akan jumpa banyak monyet liar bahkan turut dikejar apatah lagi jika membawa makanan, pastinya akan dicuri oleh monyet-monyet ini.

Sama juga ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana satu liputan secara langsung yang dilakukan seorang wartawan Fareez Azman bertukar menjadi situasi lucu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naikk olehnya sendiri iaitu @fareezazmann, dapat kita lihat wartawan ini sedang membuat liputan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara langsung di Teluk Cempedak, Pahang.

Dalam pada memberikan berita pada orang ramai, siapa sangka dia didatangi seorang kanak-kanak lelaki yang menjerit ketakukan akibat dikejar seeokor monyet kerana memegang kotak minuman.

Apa yang lebih lucu adalah budak lelaki itu selamba memeluk dan berpaut pada kaki wartawan ini ketika bersiaran langsung.


Tidak mudah melenting, wartawan ini bagaimana pun memujuk dan menenangkan budak lelaki berkenaan sebelum kembali melakukan tugasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak kering gusi melihat gelagat budak lelaki tersebut yang dikejar monyet ketika lelaki ini sakan membuat liputan.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut memuji tahap profesionalisme wartawan ini yang mampu mengawal situasi itu dengan baik.

Antara komen warga maya:

“Bagus abang ni.. betul2 profesional dalam kerja”

“Bang macam mana boleh tahan gelak dari awal adik tu lari”


“Hahahaha steady lah bang.. masih lagi tersusun ayat, kalau saya dah blank dah ikut jerit”

“Pro betul abang ni.. aku dengar adik tuu dari jauh dah berdekah”

“Kalau aku, dah lupa dah apa nak cakap.. hilang terus isi isi penting dalam kepala”

“Dari berita pilihan raya terus tukar jadi berita monyet”


Video yang tular:

@fareezazmann #MalaysiaMemilih Kisah siaran langsung di Teluk Cempedak tadi. Kesian adik sorang ni kena kejar monyet, terus peluk kaki saya. Sebab dia pegang air kotak milo… 😅kesian dia. #PRU15 #Telukcempedak ♬ Funny Song – Cavendish Music