Dikecam Gara-Gara Wakili Siti Bainun Dalam Kes Bella, Peguam Ini Tampil Beri Penjelasan

Kisah adik Bella di dada akhbar dan media sosial nyata membuatkan kita geram dengan sikap manusia yang memperlakukan kanak-kanak sindrom down sebegitu.

Jika dibaca setiap satu apa yang adik Bella lalui, tiada seorang pun yang mampu habiskan baca tanpa linangan air mata.

Bayangkanlah, pelbagai perkara yang dilakukan sehingga adik Bella mengalami luka yang besar dan lebam malah pelbagai lagi perkara tragis yang dilakukan.

Kini kes tersebut sedang berlangsung di mahkamah dan peguam Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas rumah Bonda, Siti Bainun turut menerima tempias kemarahan netizen.

Pun begitu, dia tampil menjelaskan dalam semua kes yang pernah diwakilinya, dia membuat keputusan untuk ambil kes selepas membaca dokumen dan mempercayai versi anak guamnya.

“Jadi kadang-kadang kita tak berada dalam mahkamah jadi apa yang dilaporkan tak dapat nak saksikan secara langsung. Jadi untuk sekarang, masih terlalu awal untuk kita kata itu dan ini terhadap siapa-siapa.”

“Dalam kes Siti Bainun pendakwa akan tanya soalan kepada saksi pendakwaan. Jadi bila ditanyakan soalan kepada saksi pendakwaan, mereka akan berpeluang menjelaskan.”

“Seterusnya adalah proses soal balas, soal balas dibuat untuk menentukan sama ada cerita yang diceritakan awal tadi betul atau tidak berbanding dokumen, berbanding soalan-soalan dan berbanding versi sebenar.”

“Lepastu akan ada proses soal semula oleh pendakwaraya untuk memberi peluang penjelasan sekiranya terdapat percanggahan, salah info, salah fakta daripada saksi pendakwaan.” Ujarnya panjang lebar berkongsi proses undang-undang

Tidak cukup dengan itu, dia juga meminta orang ramai agar tidak beremosi kerana peguam hanyalah wakil sahaja.

Video tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Peguam | Lawyer | (@hafidzahhassan)

 

Dalam satu muatnaik terbaru, Hafidzah turut berkongsi bagaimana sesi soal balas yang berlangsung semasa dalam mahkamah.

“Soal balas adalah satu proses undang2 yg memberi ruang kepada satu pihak untuk menguji ketepatan dan kebenaran kata2, cerita2, dan versi2 pihak lawan.

“Jangan risau nti smpi masanya pihak sana pula akan soal balas pihak yg sini.

“Takde kaitan dgn peguam, mcm mana peguam boleh tidur bersubahat dgn tertuduh. mmg soal balas ni proses yg diperuntukkan di bawah undang2. mmg kene soal.

“Sebab mmg kami tak boleh tidur, tapi sbb nk pastikan nasib dan hak okt dpt dibela. peguam hanya wakil. kita xperlu nak beremosi dgn peguam dan gunakan kata2 yg tidak baik.

“Kalau anda di pihak yg salah mcm mana?. kalau anda di pihak yg betul pulak, still u have no rights to take it on us yg hanya bertindak mewakili dan memperjuangkan kepercayaan anak guam kami.

“Maaf kami bukan pihak yg berjuang ikut pihak yg anda suke, pilih, suka, dan diluluskan anda. masing2 perjuangkan kebenaran masing2.

“Semoga kebenaran nya akan dpt diperlihatkan kelak. ameen.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Peguam | Lawyer | (@hafidzahhassan)

Terdahulu, seorang aktivis masyarakat, Mona Din memohon Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang juga Pengerusi Bernama supaya menyiarkan liputan perbicaraan sepanjang empat hari membabitkan Bella.

“Mohon Bernama tolong siarkan liputan perbicaraan pada 4, 5, 6 dan 7 April.

“Saya dan rakyat betul-betul mahu tahu butir-butir keterangan dari empat saksi-saksi tersebut, terutamanya daripada tiga doktor pakar.

“Tolonglah YB,” rayunya hari ini yang menyokong kempen kesedaran awam, Justice4Bella.

Permintaan Mona itu susulan jaminan Ras Adiba bahawa Bernama akan terus memberikan liputan dari semasa ke semasa berhubung kes Bella.

Sebelum ini Ras Adiba yang mewakili komuniti orang kurang upaya (OKU) di Dewan Negara berkata, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes mahkamah membabitkan Bella.

“Saya mendapati tidak adil apabila kenyataan yang dibuat seorang individu yang mengatakan beliau berjuang untuk Bella, terutama apabila mendakwa saya tidak mengambil peduli atau saya tidak hadir ke mahkamah semasa perbicaraan kes Bella sedang dijalankan,” jelas Ras Adiba dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, menerusi satu muatnaik di laman Facebook, Mona yang mendakwa telah berkecimpung selama 16 tahun dalam bidang media mempersoal mengapa tiada liputan berita berkenaan perbicaraan Bella antara 4 hingga 7 April lalu.

“Dalam kes seperti adik Bella, empat hari perbicaraan secara berturut-turut, keterangan oleh tiga saksi doktor pakar, tapi waima satu media pun tak cover, tak pelik ke?”