Dikatakan ‘Ikat’ PU Abu di Kedah, Hana Azraa Jawab Dakwaan Netizen

Walaupun sudah bergelar bekas isteri kepada pendakwah selebriti Pencetus Ummah PU Abu, Hanna Azra sering dikaitkan dengan kontroversi bersama PU Abu.

Terbaru, Hana tampil menjawab spekulasi netizen yang mendakwa dirinya mengikat bekas suaminya itu di Kedah.

Hana menjelaskan bahawa dia tidak ada kuasa untuk menahan dan mengawal bekas suaminya untuk datang ke rumahnya bagi menjenguk anak mereka,  Al-Mateen.

“Tak baik ooo tuduh-tuduh i.  Tak dak nak ikat dia kat sini pun. Kalau dia rasa nak balik, dia baliklah. ”

“Parents i jadi saksi macam mana masa dia dengan Al-Mateen. Kita nak claim lebih-lebih pun tak boleh. Kadang manusia ni cepat lupa.”

“Eh i baru tahu dia jaga anak seorang-seorang . Ha eloklah tu. Tu Abu ada KL tuh. Nak sebulan jugaklah dia disana. Takpa-takpa, hampa pi dm dia kata dekat dia jangan balik Kedah sat lagi orang kata apa pula.”

Menurut penjelasan Hanna, dia telah pun memberitahu bekas suaminya itu berulang kali. Namun, bekas suaminya itu masih lagi berdegil mahu datang berjumpa dengan anaknya Al-Mateen.

Hana menjawab persoalan pengguna di laman sosialnya di Instagram.

Foto: Astro Gempak

Menerusi soalan netizen, rata- rata mereka menanyakan soalan tentang perihal peribadi dan bekas suaminya yang sering berkunjung ke rumahnya di Kedah.

Namun, terdapat beberapa persoalan yang agak sensitif dari netizen. Individu terbabitkan mengajukan soalan berikut:

“Tak kesian ke Ain jaga anak kecik sorang-sorang? Asyik nak ikat Abu kat Kedah je.” katanya.

Hana juga turut diajukan soalan mengenai hal hak penjagaan anaknya dan isteri PU Abu, Ain Afini.

Hana turut memberi respon terhadap soalan itu dan memberi pesanan kepada netizen agar jangan mudah menilai orang menggunakan emosi

Sebelum ini, Hana pernah berkongsi di halaman Harian Metro, dia ligat berniaga untuk mencari rezeki buat anak-anaknya dan tiada kaitan dengan nafkah tidak dibayar.

“Saya tidak mahu menjadi ibu tunggal yang lemah. Demi anak-anak, saya perlu kuat untuk meneruskan kehidupan kami.

“Saya kena usaha cari rezeki sendiri. Lagi pun, saya minta jangan terus dikaitkan dengan Abu.

“Kami sudah bercerai dan kini membawa haluan masing-masing,” katanya kini menetap bersama keluarga di Kedah.