Didakwa Sambut Krismas, Ini Penjelasan Nora Danish Buat Netizen Tersipu Malu

Hanya kerana upload satu gambar ketika perayaan hari Krismas di akaun Instagram miliknya, pelakon Nora Danish telah dikritik tanpa usul periksa dan perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat beliau.

Terdapat netizen yang mempersoalkan mengapa Nora harus meraikan Krismas sedangkan beliau merupakan seorang muslim.

Namun, Nora Danish tidak melatah malah menjawab persoalan netizen itu dengan tenang. Nora membalas komen netizen tersebut dengan begitu baik dan padu.

Tak pasal-pasal netizen ini yang mendapat malu, ternyata Nora bukanlah meraikan sambutan hari krismas, tetapi sekadar menyertai sambutan hari jadi, makan malam bersama teman-temannya.

Memang sekarang ni ramai yang mahu berlagak alim dan seakan menganggap diri mereka Tuhan dimana mereka menentukan dosa dan pahala orang lain.

Sebelum ini Nora Danish menamatkan status ibu tunggalnya dengan melangsungkan pernikahan bersama kekasih hatinya, Nedim Nazri.

Dengan dua kali lafaz, pelakon jelita Nora, 35, selamat bernikah dengan Nedim, 34, pada tahun lepas di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Nora dan Nedim dinikahkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Khairul Asyraf Ahmad.

Majlis pernikahan Nora dan Nedim diadakan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat.

Manis memakai busana sedondon berwarna putih, jumlah hantaran serta mas kahwin dirahsiakan.

Menggunakan hashtag #NenoSaysIDo, tetamu yang hadir ke majlis mereka berkongsi gambar serta momen indah di majlis pernikahan Nora dan Nedim di laman sosial.

Hasil pernikahannya dengan Nedim, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neyqal Nedim.