Didakwa Hanya Bekerja Selama Sejam, Penyampai Berita TV3 Tampil Dedah Waktu Bekerja Sebenar

Seperti yang kita tahu, Buletin Utama adalah satu rancangan TV dimana menyampaikan berita di dalam dan luar negara dan ianya bersiaran pada pukul 8 sehingga 9 malam setiap hari.

Pasti ramai tertanya-tanya sama ada pembaca berita hanya bekerja selama sejam sahaja atau sebaliknya bukan?

Menjawab persoalan tersebut, dua pembaca berita yang cukup terkenal ini iaitu Mohd Yasir Mansor dan Nik Nur Shuhadah Nik Hassan bagaimanapun tampil menjawab segala persoalan netizen yang terbuku selama ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @nurshahassan, ada netizen yang meninggalkan komen seakan-akan teruja dengan mengatakan kedua pembaca berita ini hanya bekerja selama sejam sahaja.

“Bestnya kerja sehari sejam je,” ujarnya.

Dua penyampai berita ini dalam pada masa sama membuatkan warganet juga terhibur kerana mereka tampil dengan merakam video yang kini menjadi trend di TikTok menyebabkan juga video mereka ini mendapat perhatian ribuan pengguna aplikasi tersebut.

“1jam tu bersiaran. Belakang tabir berjam jam,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat kedua-dua pembaca berita yang memberi respon terhadap komen tersebut mengikut ‘trend’ terkini.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat meninggalkan komen tentang penampilan Yasir Mansor yang dikatakan tidak dimamah usia kerana sering kelihatan muda.

Antara komen warga maya:
“Dia ingat lepas siaran langsung terus balek ke”


“Alahai yang komen pun, dia ingat sampai sampai studio terus nak baca berita ke”

“Minat betul abang tu… tengok dari saya sekolah maintain segaknya..”

“Abang tu dari dulu muka sama je tak berubah..”

“Bang Yasir tak pernah tua ke.. saya dah nak masuk 30 tahun..”

Video yang tular di laman TikTok:

@nurshahassan Replying to @Firdaus 1 jam tu bersiaran. belakang tabir berjam jam 🫠 #news #bizcochito ♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA