Didakwa Guna Gelaran Doktor Palsu, Nama Isteri Farhan Tiada Dalam Rekod Perubatan?

Sehari dua ini kita dihidangkan dengan isu mengenai perkahwinan seorang pendakwah bebas yang hangat dibincangkan di laman sosial.

Selepas perkahwinannya dengan pendakwah bebas itu menjadi topik hangat, status isteri pendakwah bebas itu turut disiasat.

Seorang pengguna laman sosial Facebook menjelaskan lebih terperinci berkenaan profesion wanita itu dan timbul beberapa keraguan.

Didakwa menyalahgunakan gelaran doktor

Maklumat secara terperinci itu menunjukkan wanita itu didakwa telah menyalahgunakan gelaran doktor (Dr).

Selain itu, salah satu paparan skrin yang dikongsi kelihatan bio Instagram wanita itu yanmenggunakan nama drholis@wc.

Nama beliau tiada dalam rekod Malaysian Medical Council (MMC)

Menerusi perkongsian dari Facebook Penolong Pegawai Perubatan yang mengeluarkan satu kenyataan yang merujuk perkara berkenaan.

“Menerusi kiriman gambar yang di terima, beliau mengatakan bahawa beliau adalah Neurologist yang mana di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Neurologist merujuk kepada Pakar Perubatan di bawah bidang Neurofisiologi yang mana merupakan bidang yang mengkaji bahagian otak tulang belakang dan kajian saraf di dalam tubuh badan seorang manusia,” kata posting tersebut.

Pencarian di dalam laman web MMC, nama wanita terbabit tiada dalam pangkalan data yang dipercayai telah menyamar atau menyalahgunakan gelaran profesion di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semua doktor wajib bertauliah dan berdaftar dengan KKM

“Semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan KKM akan terlihat perihal biodata mereka, tetapi nama pengguna tersebut tiada di dalam database yang mana merupakan satu kesalahan di bawah Undang Undang Malaysia,” katanya.

“Perkara ini adalah perkara serius yang perlu di titikberatkan kerana profesion di bawah KKM bukanlah perkara yang boleh di pandang enteng”.

Menerusi satu perkongsian dari laman sosial Facebook, Zaahirah Mohammad turut berkongsi maklumat mengenai isu profesion isteri kepada pendakwah bebas itu.

Selain itu Juara Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan dikatakan salah seorang pengikut akaun Instagram wanita tersebut.