“Dia tengah buat inspection tu..” Tikus Selamba Makan Ayam Goreng Depan Mata, KKM Minta Perakam Tampil Beri Kenyataan

Aspek kebersihan dalam penyediaan makanan perlulah dijaga terutama sekali premis-premis makanan yang bertugas menyediakan makanan kepada para pelanggan mereka.

Iospital phone repair gombak

Hal ini disebabkan pelbagai penyakit berbahaya boleh dijangkiti jika makanan itu disediakan dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak sepatutnya.

Sama seperti isu yang tular baru-baru ini di laman Twitter apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meminta seorang pengguna laman tersebut @zoeyhanafiah tampil berikan maklumat yang terperinci.

Difahamkan, Zoey telah memuat naik beberapa video yang memperlihatkan kelibat tikus di dalam sebuah premis makanan.

Apa yang lebih menggelikan ialah tikus-tikus itu sedang bebas ‘lepak’ di ruang pamer ayam goreng sambil memakan ayam goreng tersebut.

Tikus ini kelihatan selamba sahaja menjamah ayam-ayam goreng yang terdapat di situ sambil dirakam oleh Zoey.

Agak meloyakan, apabila waktu itu Zoey sendiri sedang asyik menjamah makanan yang dipesannya tiba-tiba terlihat pula kelibat kecil ini di ruang ayam goreng itu.

Berdasarkan video yang telah tular itu, KKM meminta bantuan Zoey agar tampil dan memberikan maklumat lanjut supaya tindakan tegas dapat dilakukan ke atas premis makanan berkenaan.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA,” tulis KKM.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa geli dan risau akan tahap kebersihan kedai tersebut dan berharap agar perakam dapat mendedahkan lokasi kedai tersebut bagi mengelakkan mereka ke sana tanpa sengaja.

Bagaimanapun, ada juga warganet yang berseloroh dengan menyamakan tikus itu sebenarnya chef seperti kartun popular ‘Ratatouille’ sedang memeriksa makanan di situ.

Malah, ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang menerima nasib yang sama.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: