“Papa pernah hidup susah..” Dafi Akui Ismail Sabri Seorang Bapa & PM Yang Terbaik

Umum sedia maklum, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-9 selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Beliau menggantikan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lebih mesra dipanggil “Abah” yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu selepas Ahli Parlimen Pagoh itu hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Menerusi perlantikannya baru baru ini, warga netizen mula menngunakan gelaran “Bapa Dafi” kepada Ismail yang telah mengamgkat sumpah jawatannya pada Sabtu.

Bukan itu sahaja, sejak daripada perlantikan Ismail sebagai Perdana Menteri, Nama Dafi turut Trending di Aplikasi Twitter.

Gurauan berkenaan seperti merujuk kepada gelaran Bapa Kemerdekaan yang diberikan kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman; Bapa Pembangunan Malaysia, Tun Abduk Razak sehinggalah yang terbaharu Tan Sri Muhyiddin Yassin digelar ‘Bapa Perutusan’ oleh netizen.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail meluahkan rasa bangga dan yakin bapanya dapat menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

“Saya tumpang gembira atas pengumuman itu,” kata Dafi yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5)

Dalam pada itu, Dafi turut memaklumkan bahawa kejayaan ayahnya sekarang merupakan hasil titik peluh dan juga usaha kerasnya yang bermula daripada bawah.

Bukan mudah jika menggalas tanggungjawab sebagai anak kepada Perdana Menteri. Sudah tentu setiap tingkah laku dan gerak geri akan menjadi bahan bualan netizen.

Namun Dafi memaklumkan bahawa dia akan terus menjadi diri sendiri dan menjalankan tanggungjawabnya mengikut didikan ibu bapanya.

“Apa saja kritikan selepas ini, saya menerima dengan positif sebab semua orang ada pendapat masing-masing.

“Semasa berita nama bapa saya disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri, saya ada terfikir juga beberapa perkara, tapi saya tak risau sangat.

“Saya bersyukur sebab saya bekerja dalam bidang hiburan pun, ada tanggungjawab sosial yang perlu saya jaga.

“Jadi, saya tak perlu tukar apa-apa pun. Saya akan teruskan jadi diri saya dan kalau boleh, ke arah yang lebih baik. Ibu bapa saya pun sudah beri didikan secukupnya kepada saya,” jelasnya.

“Saya letakkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia biasa. Sudah tentu apabila ada pemimpin yang baharu, kita mahukan beliau lakukan yang terbaik dan saya yakin papa akan lakukan sebaik yang mungkin.” Ujar Dafi.

“Secara peribadi, saya melihat dia seorang yang bekerja keras. Kejayaan beliau sekarang ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah.

“Sejujurnya, hanya saya dan keluarga saya saja tahu betapa dia seorang bapa yang terbaik.

“Begitu juga apabila menjadi seorang pemimpin… dia inginkan yang terbaik untuk seluruh rakyat. Dia pernah hidup susah sebab itu dia tak nak lihat orang lagi susah,” katanya

Dalam pada masa yang sama, penyanyi yang berusia 33 tahun itu menganggap akan ada orang yang akan membencinya namun dia juga turut memaklumkan dia sudah bersedia berdepan dengan segala kritikan.

“Saya bukan harus bersedia tapi memang dah bersedia. Bagi saya, dalam hidup ini bukan semua orang akan suka kita… sama juga la bukan semua orang kita suka.

“Apa saja kritikan selepas ini, saya menerima dengan positif sebab semua orang ada pendapat masing-masing. Saya sendiri pun kena sentiasa berfikiran p0sitif.

“Lagipun dari dahulu lagi saya jenis tak ambil pusing dengan kritikan atau kecaman. Sejak kecil saya ikut papa, dan apa yang saya belajar daripada dia, kita kena sentiasa fikirkan orang lain,” Kata pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu.

Rata-rata netizen turut mendoakan agar Perdana Menteri Malaysia ke-9 Dato Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan kesihatan yang baik supaya dapat memikul tanggungjawab yang besar ini lagi-lagi pada zaman pandemik yang penuh mencabar.