“Dia nak bersama keluarga dulu” Anak Shah THR Gegar Kembali Ke Rahmatullah

Semalam media melaporkan di mana anak kepada DJ radio THR Gegar, Shah bernyawa semula selepas 10 minit doktor sahkan meninggal dunia.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Shah di laman Instagram miliknya.

“Alahamdullilah kun fayakun.. Kuasa Allah.. Tadi memang kami bersetuju untuk berhentikan mesin oxigen sebab tak nak Baby sakit. Jadi doktor suruh kami kumpulkan keluarga.. Bila dah setuju baru berhentikan mesin… Tapi dalam kami menunggu famly datang. Doktor cal mengatakan baby punya oxigen dah lemah.. Ya masa kami tengok memang dah lemah sehingga laa line luruss tettt keluar… Jadi kami redha baby dah tiada.. Bangcah dan isteri peluk untuk tatapan terakhir. Dan doktor yang sahkan die pergi jam 5pm..dalam kami peluk dalam 10minit tiba baby bernafas semula…sehingga la kami dapat bawak baby ke rumah.. Namun keadaan die lemah.. Tapi kuasa Allah.. Bangcah yakin die akan pulih.. Ya Allah engkau maha berkuasa..” 

Walaubagaimanapun, awal pagi tadi, menerusi laman Instagram, Shah memaklumkan berita sedih apaila anaknya itu telah kembali kepada Pencipta pada pukul 2 pagi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun 27.10.2019 to 31.10.2019

jam 2am.. Kembalinya anak syurga…die nak bersama keluarga dulu… Al-Fatihah”

Jenazah bayi tersebut telah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Shah Gegar mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan anak syurganya.

“Bangcah ingin mengucapkan Jutaan terima kasih.. Yang mendoakan baby syurga bangcah Mohammad Aliff khalifah secara langsung mahupun tak langsung… Di semua platfom media sosial…moga Allah merahmati anda semua… Alhamdulillah selesai rumah Baru untk baby syurga disemadikan… Pasti adik seronokan ditaman syurga.. Sedekah Al-Fatihah anda kepada baby syurga yer… Assalamualaikum sayang baba..”