Dalam Perjalanan Fitting Baju, Bakal Pengantin Dijemput Menghadap Ilahi Akibat Berselisih Kereta

Seorang penunggang motorsikal, Amir Izzat Mahfar, 28, telah menemui ajal akibat kemalangann ketika dalam perjalanan ke butik untuk mencuba baju pengantin.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di hadapan Politeknik Mersing di Jalan Nitar – Mersing pada hari Selasa Lepas.

“Innalillah wainna ilaihi rajiun… Allah lebih sygkan amir..anak yg baik , mudah mesra, penyayang dgn keluarga dan org yg rapat….”

“Semoga amir tenang di sana amir.. Allahu maghfirlahu, warhamhu wa’afihi wa’fuanhu……”

#AmirIzzatMahfar
#1991-2019

“Mohon sedekahkan Al fatihah pd arwah. Moga tunang dan keluarga arwah sabar dan tabah”

Menurut tunangnya, Husna Haron melalui perkongsian Facebook, Allahyarham Amir dalam perjalanan untuk fitting baju kahwin.

“Assalamualaikum semua, mohon sedkahkan Al Fatihah buat tunang saya yang tercinta, beliau telah meninggal dunia dalam perjalanan untuk fitting baju.

“Acident berselisih dengan kereta di selekoh Politeknik Mersing.

“Doakan moga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dipermudah segala urusan. Amin.”

Lebih menyedihkan, kad jemputan majlis juga sudah diedarkan di mana majlis sepatutnya diadakan pada 26 Oktober 2019.


Rata-rata netizen menyatakan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada tunang mangsa.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.