Dakwa Ditanggung Individu Kenamaan, Nazim Othman Sudah Lali Dengan Khabar Angin

Menjadi seorang artis bukanlah satu perkara yang mudah bahkan perlu kuatuntuk menghadapi segala dakwaan yang dilakukan oleh netizen. Manakan tidak, hidup seorang artis ini sememangnya penuh dengan kontroversi. Tersilap langkah sedikit, pasti akan dijadikan isu.

 

Sama juga ceritanya dengan pelakon terkenal Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman yang menjadi salah seorang mangsa khabar angin yang dibuat oleh warganet.

Hal ini kerana, pelakon ini sering berkongsikan dan memuat naik aktivitinya yang bercuti ke pusat peranginan mewah sama ada di dalam atau luar negara. Penampilannya yang memakai pelbagai busana dan aksesori berjenama juga turut menjadi persoalan netizen.

Walau bagaimanapun, timbul dakwaan yang mengatakan Nazim Othman menjalani kehidupan mewahnya itu kerana ditanggung oleh individu kenamaan atau VIP. Sudah bertahun khabar angin tersebut bertebaran, pelakon drama Takdir Yang Bertulis ini tampil menolak dakwaan tersebut.

Memetik temubual Melodi, Nazim Othman menjelaskan dia tidak terkejut dengan khabar angin berkenaan dan sudah lali dengan tomahan yang tidak masuk akal kerana ada yang menganggap dirinya dibela oleh individu kenamaan.

“Isu ini bukan perkara baharu. Sekian lama orang bercakap fasal ini sampailah sekarang.Betul lah benda itu semua tak betul. Saya tak terkejut pun dengar khabar angin ni. Dah lama sangat, kira-kira enam atau tujuh tahun lalu dulu dah dengar. Tiada istilah dibela. Kalau ada pun, saya yang bela diri sendiri,” katanya.

Tambah pelakon ini dia memaklumkan bahwa apa yang telah dikongsikan di laman sosial miliknya merupakan perkara yang berkait rapat dengan perkerjaanya. Bukan itu sahaja, ada syarikat-syarikat yang juga berkejasama dengan dirinya untuk memasarkan perniagaan mereka.

“Kalau nampak saya hidup mewah, itu adalah positioning. Nazim Othman bukan hanya pelakon, tetapi satu jenama. Saya pergi ke tempat mewah, semua itu urusan kerja bersama syarikat-syarikat yang menjalinkan kerjasama bersama saya,” ujarnya lagi.

Sekadar rekod, Nazim Othman pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Bella Dally namun mahligai cinta yang dibina berakhir pada 2 Mei 2018.