Dakwa ‘Berlumba’ Punca 13 Biji Kereta Kemalangan, 5 Mangsa Dikejarkan Ke Hospital

Kemalangan sememangnya boleh berlaku dimana sahaja tidak mengenal tempat dan masa. Terkadang, kita sudah bawa dengan berhati-hati tapi ada pula kenderaan lain yang menyebabkan kemalangan.
Iospital phone repair gombak
Ada juga yang berpunca daripada kecuaian sendiri dan akhirnya orang lain yang menjadi mangsa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kereta kereta Toyota Vios dipandu mangsa berusia 24 tahun kemalangan mencuri perhatian ramai.

Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 4.52 pagi itu turut melibatkan sebuah Perodua Bezza dan SUV Range Rover.

Tragedi itu menyebabkan seorang lelaki parah manakala empat lagi cedera di Kilometer 17.1 Lebuh Raya Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki itu bersama dua mangsa lain memandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.


“Siasatan mendapati kereta Vios di lorong tengah lebuh raya dipercayai dilanggar Range Rover dari arah belakang.

“Pelanggaran itu mengakibatkan kereta berkenaan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, perlanggaran itu turut menyebabkan SUV berkenaan terbabas ke sebelah kiri lebuhraya. Sebuah kereta Bezza yang datang dari arah belakang kemudian tidak sempat mengelak lalu turut melanggar Vios mangsa.

“Kejadian itu mengakibatkan seorang parah, manakala dua penumpang kereta dan dua pemandu lain cedera,” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, ada juga warga maya yang memberikan info lanjut mengenai kejadian itu malah ada yang mengatakan insiden yang berlaku itu turut menyebabkan beberapa kereta lain, termasuklah sebuah kereta peronda polis terlibat dalam kemalangan lain.

Antara komen warga maya:


Video yang tular: