Dah Mandi & Bersiap Janji Nak Keluar Sama, Sekali Baru Teringat Ayah Dah Tiada Buat Ramai Luluh Hati

Kehilangan orang tersayang meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan seseorang terutamanya bagi seseorang kanak-kanak.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila seorang kanak-kanak yang bernama Luth menangis teringatkan ayahnya yang sudah tiada membuatkan ramai warganet luluh hati.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amiesya2 yang dipercayai ibu kepada Luth, dapat dilihat anak sulungnya itu masih merasakan kewujudan ayahnya di kediaman mereka walaupun sudah hampir sebulan ayahnya dijemput Ilahi.

Difahamkan, ayah Luth telah pun meninggal dunia disebabkan suatu insiden yang berlaku di jalan raya.

Bagaimanapun apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila Luth kelihatan sangat teruja mandi dan bersiap kerana sudah pun berjanji dengan ayahnya untuk keluar ke kedai bersama-sama.

Akan tetapi setelah ibunya menanyakan tentang keberadaan si ayah, Luth terus menangis setelah teringat bahawa ayah tersayangnya itu sudah pun tiada.

Luth juga sempat meluahkan rasa rindu dan sayang buat orang tuanya itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai warga netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat anak kecil itu yang sangat sedih atas pemergian Allahyarham.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat keluarga tersebut agar terus kuat mengharungi segala ujian dan cabaran yang diberikan olehNya.

Antara komen netizen:

“AllahuAkhbar…saat yg paling sakit adalah saat kita merindui org yg telah tiada…moga Allah permudahkan urusan hidupmu dik”

“al fatihah utk papanya…acik auto menagis dik…moga allah jaga adik…dan moga papa adik bersama para solihin…”


“ya allah kuatkn adik ni familynye, smoge dia jd ank yg soleh yg blh bg doa bekalan papanye kat sane…”

Video TikTok yang tular:

@amiesya2 Allahu…dari semalam dia gelisah..xtido..asyik bangun je kuar bilik..bila mama tanya kenape2 dia bg alasan nk caj fon nk kencing nk makan..nak tido tepi mama..dia ckp luth syg mama ape itu ini semua..mama ikutkan je kehendak dia semlm..sedar2 pagi td cari mane dia..kt ruang tamu xde..umah sunyi je..prgi jenguk kt dapur tgk dia sensorang kat meja makan ddk kat kusi smbil maen fon sebijik macm arwah papa time balik keje pagi2 maen fon kt dapur sambil minum air.😢..mama tnye nape ddk kt sini sorg2..dia diam..mama buat air ape semua bg makan kuih..mama suruh mandi..tp tgkkan bju dia dh bertukar tuala sepah2 ..mama tnya adik dh mandi ke?dia jawab dah..dah mandi sbb nanti nk pergi kuala krai ngan papa nk g kedai dua ringgit😭😭😭…mama tnya dia papa kt mane dik? dia jawab papa kt kubur..terus dia diam..😭..mama pggl masuk bilik tetiba dia nangis..mama tnya kenape adik nangis..dia terus jawab..dud rindu papa..dud syg papa sambil peluk tuala buruk papa yg selalu papa guna pakai..Allah dikkk..mama xkuat syg bila adik ckp cmtu..mgkin dia dh pendam lame..bnyk hari nk ckp tp xkeluar kt mulut..mgkin dia betul2 dah mula rindukan papa sbb dah lame papa xbalik maen ngan dorang..sbb dia adalah anak yg paling rapat ngan papa..papa manjakan dia sbb dia mmg manja dgn pelat dia bercakp selalu papa ajuk..mane2 mesti papa bawak buat teman..hari yg last bila papa nk pergi selama2nya subuh pagi selalu papa xbalik pun time kerja xabis lagi..ni dinahari lagi kul4.55pagi papa balik kejut mama suh bukak pintu n terus masuk bilik peluk luth sambil tido..dan last pelukan tu utk luth..papa tgglkan luth kul8 pagi naek motor ke JPJ gua musang sbb ade urusan..kul9 lebih mama terima pgglan mengatakan papa eksiden dan papa dah meninggalkan kita semua😭😭😭..Allah s.w.t sebaik2 perancang..papa balik jgk jenguk kita semua dinahari subuh tu kejap..mgkin hati papa dah tahu yg dia akan tgglkan kita semua dik..Al-fatihah buat papa♥️..Allah s.w.t syg papa lebih dari kita semua..doa utk papa xkan pernah putus..InsyaAllah..#alfatihahbuatmu #hanyarindu #sygsuamiduniaakhirat❤️ #rindusuami #kenangankitatakkankulupa ♬ original sound – amieysha🍃