“Dah la hensem, kreatif pulak tu” Netizen Teruja Tengok Lelaki Potong Nanas Jadi Parrot!

Seni memotong buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi pelbagai rupa dan bentuk merupakan sesuatu yang unik malah tak semua orang berjari halus untuk melakukannya.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, dalam menghasilkan seni ini, ia memerlukan banyak latihan dan kemahiran dalam pada menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki berjaya membentuk burung nuri dengan hanya menggunakan buah nanas, epal dan lobak merah!

Menerusi video oleh @aminxabid di TikTok, dia yang sedang bersantai di dalam buaian sambil bermain seekor kucing diminta untuk memotong nanas sebagai juadah berbuka oleh adiknya.

Dilihat dia menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan seperti buah-buahan dan cara-cara memotongnya untuk membuat parrot berkenaan.

Dia kemudiannya ke langkah seterusnya iaitu memotong dengan teliti setiap bahagian buah yang digunakan di mana nanas sebagai kepala, lobak sebagai paruh dan biji epal sebagai mata.

Semenjak video kreatif ini dimuat naik beberapa hari yang lepas, jumlah tontonannya kini telah berjaya mencecah sehingga 3.5 juta serta meraih 328.7 ribu tanda suka!

Apabila meneropong ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan bakat yang ada pada lelaki ini. Tambah netizen, mereka pun belum tentu dapat menghasilkan karya yang sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Dia punya tahap kreatif ni lain macam 😭”

“ini kalau aku buat, tak jadi parrot dah, jadi benda lain BAHAHHAAH😂”

“ni bukan untuk berbuka tapi untuk majlis persandingan kita. chia chia chia”

“Dia ni klau hias mknn pengantin mesti ngamm”

“Dia potong epal sbb nk ambil biji je😭🤣”

“Dulu time baby korang makan apa? Tangan bapak smooth nak potong natang tuu 😫”

Video yang tular di laman TikTok

@aminxabidPotong nenas jum♬ Teruna & Dara – Masdo