Dah Janji Dengan Ibu Nak Hadiahkan Cucu, Wanita Terkejut Sekali Dapat Adik Jarak 24 Tahun!

Apabila sudah berumur 20 tahun ke atas, pastinya kita akan memikirkan soal jodoh dan kehidupan selepas berkahwin termasuklah komitmen yang perlu dilunaskan.
Iospital phone repair gombak
Bahkan, ingin memiliki zuriat sendiri sebagai penyambung keturunan dan ingin menghadiahkan ‘cucu’ kepada ibu dan ayah.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru dimana wanita diberi kejuan yang tidak disangka oleh kedua ibu ayahnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mari.poasa, difahamkan dia pernah berjanji akan berkahwin dan memberikan cucu kepada ibunya itu.

Namun, tatkala gadis itu sedang mencari jodoh, si ibu pula yang terlebih dahulu memberi kejutan kepadanya.


Manakan tidak, wanita terkejut apabila mengetahui dia akan mempunyai adik dan siapa sangka jarak umur dia dengan adiknya dalah 24 tahun.

“Bila umur kau 24 tahun.. tiba-tiba dapat adik lagi.. Janji nak bagi cucu kt mama, eh dia bagi kita adik pulak”

Sekali tengok seperti ibu dan anak tapi hakikatnya dia adalah seorang kakak yang sedang mendukung adiknya di dalam kereta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh mengatakan orang lain pada usianya sudah mendapat anak, namun dia mendapat adik.

“Orang lain dapat anak, sis dapat adik. Okay lah tu” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dimana mempunyai adik yang jarak usianya agak jauh.

Antara komen warga maya:

“Mak: kamu lambat sangat, nah mak bagi kamu adik baru”

“Same sis.. adik bongsu saya dengan saya 22 tahun beza.. masa mak dah balik, saya gi amik baby kat nurse.. pastu nurse marah saya kenapa pakai seluar..”


“Aku dengan abang sulung aku beza 23 tahun, dengan kakak aku 20 tahun, orang ingat aku anak dia..”

 

“Akak aku umur 45 adik bongsu umur 17.. lama merantau.. bilabalik terkejut ada budak kecik..”


Video yang tular di laman TikTok:

@mari.poasaJanji nak bagi cucu kt mama, eh dia bagi kita adik pulak🤣♬ original sound – c a n