Cubaan Dua Orang Remaja Sekolah di Sarawak Buat Drift Gagal, Kereta Remuk Teruk Selepas Rempuh Kedai

Bagi remaja yang baru mendapat lesen memandu mungkin sudah tidak sabar-sabar lagi ingin keluar bersama rakan-rakan mereka. Namun tanpa mereka sedar, mereka masih kurang cekap dan mahir mengawal pergerakan kereta.

Iospital phone repair gombak

Walaupun sudah berjaya lulus JPJ, perasaan teruja itu sepatutnya mendorong mereka berlatih lagi memandu dengan cermat agar semakin cekap dan tidak menyusahkan orang lain jika berlakunya kemalangan.

Terbaharu, lagak ngeri dua remaja yang masih bersekolah memandu secara merbahaya mengundang padah apabila kereta yang dipandu merempuh sebuah kedai.

Kejadian ini menjadi tular setelah salah seorang daripada mereka memandu dengan cuai sambil membuat cubaan untuk melakukan aksi drift dengan menggunakan kereta jenis Perodua Alza.

Difahamkan kereta mereka hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kedai yang terletak di Miri, Sarawak dan telah menyebabkan keremukan teruk di bahagian hadapan kereta.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat dua orang remaja yang masih belajar memandu cuba untuk drift! Malah menurut sesetengah netizen, kereta jenis Alza berkenaan bukanlah untuk drift dan mereka tidak sepatutnya menggunakan front wheel drive (FWD).

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“chibai one two chibai one two.. kedepekk”

“salah keta mok pakey drift🤣🤣🤣🤣🤣”


“ni bukan alza vtec bang”

“fuh memang hebat ah FWD buat drift”

“lambat sangat dia lock stering tu”

Video yang tular di laman Facebook dan TikTok

@majoritiofficial Min tak tau la nak cakap apa. Korang kena tengok video penuh 😂😂😂 VIDEO ASAL DALAM ARTIKEL #fyp #beritaditiktok #trendingtiktokmalaysia #beritasemasa #driftmalaysia ♬ original sound – Majoriti Official