Connect with us

Viral

“Comel betul” Isteri Kemaskan Beg Outstation, Suami Terkejut Suap Ada ‘Kawan’ Di belakang Beg

Apabila sudah berkahwin, sorang di dapur dan sorang lagi di bilik pun sudah rindu, apatah lagi bila perlu berjauhan atas urusan kerja bukan?
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, kadang kala ianya boleb mengeratkan lagi hubungan suami isteri apabila perlu berjauhan semula dan berjumpa selepas beberapa minggu.

Menjadi kebiasaan, bila suami perlu outstation, si isteri akan mengambil alih tugas mengemas beg suami dan menyusun barang keperluannya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terkejut apabila melihat begnya yang telah dikemas oleh isteri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mdridwxnn, kelihatan lelaki itu sedang merakam gelagat isterinya menunjukkan beg outstation yang sudah dikemas olehnya.

Pada awal nya beg tersebut nampak biasa sahaja namun bila dipusing, rupanya isteri selitkan anak patung berwarna hijau.


Dapat juga kita lihat di sebelah beg tersebut terdapat patung dinasour warna pink milik isterinya.

Mungkin mereka berdua membeli anak patung tersebut untuk dijadikan sebagai teman tidur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini malah ada juga yang akui memahami perasaan mereka yang terpaksa berjauhan atas urusan kerja.

“Bila bini nak ikut sekali tapi tak boleh” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama sewaktu perlu berjauhan dengan pasangan.

Antara komen warga maya:

“Bila bini nak ikut tapi tak boleh”

“Hahahaha comelnya bini kau bang”


“Bini abang dah ada trick… lepasni takde orang boleh kacau..”

“Bawak jangan tak bawak”

“Tq bagi idea.. tak lama lagi laki aku nak gi kursus ofc lah aku takleh ikut kan”

“Bawa je lah bang.. satgi tak bawa merajuk”

“Lah tambah satu kerja lagi kena jaga dinasour tu pulak”


Video yang tular di laman TikTok:

@mdridwxnn Bila bini siapkan beg outstation kau 🤦🏻‍♂️🤣 #CapCut #masukberandafyp #fyp #fypdongggggggg #xyzbca #tiktokmalaysia ♬ I’m Addicted To – SUBAG GOO

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)