Casio Hasilkan Jam G-Shock ‘Pure Gold’ Berharga Hanya RM282,000 Sahaja

Ini adalah berita baik bagi pengumpul jam terutamanya peminat jenama G-Shock.

Sempena dengan ulang tahun ke-35, Casio membuat kejutan dengan memperkenalkan jam terbaru model G-D5000-9JR ‘Pure Gold’.

Model G-Shock yang terbaru ini dikatakan boleh mula ditempah pada 15 Mei 2019.

Apa yang menarik dengan keluar G-Shock kali ini adalah buatan keseluruhan logamnya adalah daripada emas tulan.

Dikatakan semua skru dan bahagian logam pada jam tangan ini akan disadur emas tulen 18 Karat.

Harga bagi jam G-Shock Pure Gold ini akan dijual dengan harga USD 69,500 ataupun RM 282,000.

Walaupun bahan emas tulen yang digunakan, jam ini masih mengekalkan fungsi ikonik G-Shock iaitu ‘shock-proof’.

Selain itu ia juga mempunyai pengecasan Tough Solar untuk hayat bateri yang lebih panjang.

Fungsi split-second time correction untuk masa paling tepat melalui signal radio daripada 6 stesyen di seluruh dunia turut disertakan di dalam keluaran model ini.

Tempahan awal boleh mula dilakukan di laman web Casio pada 15 Mei 2019 atau anda boleh buat tempahan di butik Casio terpilih di Jepun.

Walaubgaimanapun, setiap tempahan akan mengambil masa sehingga bulan Disember untuk menyiapkan jam anda.

Casio juga telah berkongsi video khas untuk jam G-Shock Pure Gold ini dimana ia menunjukkan ketahanan jam.

Rasanya ini merupakan hadiah terbaik buat pasangan anda jika mampu membelinya kerana sudah pasti harganya tidak akan turun kerana mempunyai emas tulen di dalamnya.