Sebulan Batuk Tak Henti-henti, Wanita Ini Kongsi Petua Daripada Doktor Cara Menghilangkan Batuk Kering

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, amat mudah untuk kita dijangkiti penyakit terutamanya demam dan batuk.

Lebih-lebih lagi kanak-kanak sangat mudah terdedah dengan penyakit berjangkit.

Menerusi satu posting di Facebook, Puan Norarfina Fatini, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Sha, telah berkongsikan satu petua yang amat berkesan cara menghilangkan batuk kering

katanya, kalau sekali dia diserang batuk, tempohnya memang lama, adakalanya hingga sebulan untuk sembuh.

Walaupun sudah ambil ubat batuk hospital, klinik, dan farmasi tapi tetap tak sembuh hingga akhirnya, Kak Sha ikhtiarkan juga petua yang disyorkan oleh doktor yang telah merawatnya selama 18 tahun.

Mari kita ikuti perkongsian daripada beliau.

“Kat sini kaksha nak share sikit ubat batuk yg Doktor sendiri bg resepi. Kalu batuk tk sebulan bukan kaksha la. Dah tu smpi terkencing,satu masalah bila nak solat.. ubat batuk hospital ,klinik ,farmasi mmg tk jalan. Last doktor bg resepi ni , mmg kaksha berurusan dgn dia sejak 18 tahun lalu. Dah tau mslh kesihatan kaksha anak2 n family. Mmg bagus Doktor ni. Ok la kat sini kaksha sharekan ubat batok cara tradisi ..”

Bahan-Bahan

  • 3 cawan air
  • 3 batang serai diketuk
  • Halia (banyakkan sedikit sampai terasa pedas)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 ketul gula batu
  • 5 hiris lemon (setengah biji)
  • 7 biji bunga cengkih ( optional, ini Kak Sha tambah )
  • 2 batang kulit kayu manis ( optional, ini Kak Sha tambah )

 

 

Cara Penyediaan

1. Rebus

Pertama sekali, rebus kesemua bahan (kecuali lemon) selama setengah jam.

 

2. Perah Lemon

Seterusnya, alihkan air rebusan tadi ke dalam bekas. Barulah perah hirisan lemon.

 

3. Sedia Diminum

Bila dah siap, bolehlah minum. Seeloknya minum air rebusan ini ketika ianya suam.

 

4. Cara Menyimpan

Jika ada lebihan air rebusan tadi, boleh simpan di dalam peti sejuk.

Masa nak minum boleh panaskan balik dan perahkan lemon.


 

Boleh Juga Diamalkan Selalu

Sebenarnya banyak khasiat yang terkandung dalam bahan-bahan semulajadi seperti serai dan lemon.

Ada yang mengamalkan minuman ini untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, dan mewangikan tubuh.

Walaubagaimanpun, sekiranya batuk anda masih tak berkurangan atau tahap kesihatan makin merosot, pastikan anda dapatkan rawatan doktor dengan segera.