[VIDEO] “Air mata, kopiah dah tak boleh selamatkan kamu lagi dah,” Caprice Mahu Jawab Dakwaan Ebit Lew

Penyanyi rap Caprice hari ini telah memaklumkan terlalu banyak ugutan diterimanya apabila fitnah semakin berleluasa.

“Saya tak boleh berdiam diri lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima. Jadi, terpulanglah.

“Kita akan terangkan satu per satu dan pertahankan diri daripada setiap tuduhan. Fitnah merupakan satu jenayah dalam Islam dan lagi teruk daripada membunnuh.

“Insya-Allah, nanti kalian akan dapat lihat dan faham mengapa saya sangat terluka dan mengapa selama ini, satu Malaysia kena tipu,” kata pelantun lagu Lenglui itu menerusi satu muat naik video terbaharu dalam Instagram.

Caprice berkongsi luahan rasa kecewa tentang fitnah yang semakin berleluasa menimpa dirinya dalam satu hantaran status dalam Instagram.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, sekali lagi tampil mempersoalkan kewajaran dan menafikan isu dirinya menepis tangan Ustaz Ebit Lew ketika mereka bertemu sekitar awal Julai lalu di Mesir seperti didakwa pendakwah bebas berkenaan dalam sesi siaran langsung Instagram atau IG Live baru-baru ini.

Menerusi video itu, Caprice juga berkongsi tangkap layar perbualannya dengan pendakwah kesayangan negara itu yang memperlihatkan dirinya meminta keizinan daripadanya memuat naik video perjumpaan mereka sebelum ini.

“Fitnah : 1 caprice tidak boleh berdiam lagi dah.. terlalu banyak ugutan diterima… so terpulang lah. Kita akan explain 1 by 1 and defend every tuduhan Fitnah a crime in Islam lagi teruk dari membunnuh.

“InsyaAllah in the end, you will see and understand why iam hurt and why selama ni 1 Malaysia kene tipu. Airmata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah.

“Tentang issue melutut, ape dia janji kepada caprice di hotel, dan ape berlaku di gaza yang buat caprice sakit hati semua akan di jawab.

“Iam sorry but i cannot take the caci / maki anymore sementara orang2 kuat susun strategi untuk sembunyi caprice.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, Caprice memohon maaf kerana dia terpaksa membatalkan sesi Instagram Live pada pukul 10 malam pada minggu lalu.

Caprice memberitahu bahawa dia tidak dapat untuk membuat Live seperti yang telah dijanjikan kerana terdapat individu yang telah membuat laporan polis terhadap dirinya.

“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat Live pukul 10 malam ini. InsyaAllah kebenaran akan terbongkar dengan sendirinya.”

 

Namun, Caprice turut mengatakan bahawa dia telah meminta maaf kepada pihak yang terlibat kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

Walau bagaimanapun, dia berasa kecewa dengan sesetengah pihak yang telah menggunakan kuasa untuk menyembunyikan nama individu lain.

“Caprice dah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi. Tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.”

“Ni adalah kali kedua benda macam ni berlaku tahun ni. Caprice dah cukup penat dan serah semua kepada Allah.”

“Saya pilih untuk maju kehadapan untuk menjadi lebih baik.”

“Saya tidak pulih sepenuhnya daripada pengalaman yang dilalui tapi InsyaAllah saya akan berada dalam keadaan yang baik dari segi mental dan fizikal.”