“Cantiknyaa” Isteri Tampil Berhijab Sepenuhnya, Usop Mentor Luah Rasa Syukur

Siapa yang pernah menonton Mentor Milenia 2017 pasti mengenali Usop dibawah didikan penyanyi Hazama ini yang mempunyai karakter lucu dan perangainya yang ‘gila-gila’.

Baru-baru ini, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Nor telah berkongsikan berita gembira di laman Instagramnnya apabila meluahkan rasa syukur bahawa isterinya Nur Fatihah Md Hisham kini telah menutup aurat dan tampil berhijab sepenunhnya.


Menurut laporan mStar, Usop menjelaskan bahawa sebelum ini isterinya itu hanya mengenakan turban sahaja namun dia terharu dengan perubahan dan keputusan yang dilakukan oleh isteri tercinta.

“Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit.

“Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai. Awal dulu dia hanya pakai turban sekarang dah bertudung penuh,” katanya.

Usop juga telah memuat naik beberapa foto serta video yang dilihat gembira dengan penampilan baru isterinya dan sempat meminta doa pengikut-pengikutnya agar tetap bertudung sempurna.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Selamanya ini tidak menafikan perasaan bimbang dengan isterinya yang bakal diuji dalam proses istiqamah dan hanya mampu mendoakan yang terbaik buat isteri.

“Gembira tapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana bimbang terkena batang hidung sendiri. Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma ambil masa sikit sebab terlalu banyak,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya juga turut mendoakan agar isteri Usop kekal istiqamah. Bukan itu sahaja, ada yang memuji kecantikan Nur Fatihah yang ayu dan comel bila memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna.

Antara komen warga maya di laman Instagram:

“Seriously lagi cantik comey manis je..baru nampak macam lembut sangat keibuan..”


“Comey sangat teha..moga terus istiqomah tau teha tayang..”

“Aamin semoga dipermudahkan..”

“Cantiknyaa..semoga dipermudahkan urusan teha untuk berhijab…”

Video yang dikongsikan di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)