Buat Kerja Tanpa Gaji, Uqasha Senrose Tak Mahu Namanya Dan Kamal Adli Dikaitkan Lagi..

Semua orang pasti akan panas hati apabila sudah dijanjikan untuk beri bayaran atas kerja yang kita dah lakukan, namun tiba-tiba di pengakhirannya kita pula yang buat kerja secara ‘percuma’.

Itulah yang dilalui oleh pelakon Uqasha Senrose yang sudah tidak boleh menyimpan rasa marah apabila beliau kini secara terbuka telah membuat kenyataan di laman Instagram miliknya berkaitan satu jenama makanan berasaskan coklat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menerusi perkongsian di laman Instagran Uqasha, beliau bersama pasangannya iaitu Kamal Adli telah membuat kerja secara ‘percuma’ apabila mereka tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak tersebut.

Sebelum ini, pasangan kekasih itu memang sering membuat promosi mengenai makanan tersebut sehingga mengajak orang ramai untuk membuat duit sampingan dengan menyertai business produk berkenaan.

Namun semuanya seperti sia-sia sahaja apabila pihak tersebut tidak melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan kepada Uqasha dan Kamal.

“Salam semua , Qasha nk bgtahu yang Qasha is no longer with ________ Tak nak buruk kan sesiapa tapi apa yang qasha boleh cakap is Qasha buat kerja tanpa gaji .

“So please ________ stop using my name or kamals name. And agak2 bila payment kite org nak bayar ya?”

Disebabkan itu, Uqasha mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada semua pengikutnya di laman Instagram berkenaan hal tersebut serta beliau turut tidak mahu namanya bersama dengan Kamal dikaitkan lagi dengan produk tersebut.

Sebelum ini Uqasha dan Kamal memang sering mempromposikan jenama tersebut sehingga sanggup menghabiskan masa dan tenaga demi amanah yang diberikan, tapi akhirnya ini pula yang terjadi kepada mereka.

Malah, boleh dikatakan semua pengikut mereka kenal akan jenama yang dinyatakan itu.

Walau apa pun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ni, pastinya semua orang memerlukan pendapatan.