‘Bot Donut’ Sarat Penumpang Dirempuh Bot Lain, Netizen Dakwa Pemandu Bot Penting Diri

Pasti ramai diantara kita yang gemar untuk pergi ke pantai dan melakukan aktiviti air di sana seperti snorkling, bermain jetki, menaiki banana bot dan juga bot donat.

Aktiviti sebegini akan menjadi lebih seronok apabila kita bermain sesama ahli keluarga ataupun kawan-kawan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana bot donat yang dinaiki oleh sekumpulan remaja ini dilanggar oleh bot lain sehingga ada diantara mereka terpelanting mencuri perhatian ramai.

Video tersebut tular di serata media sosial terutamanya di laman Facebook Negeri Sembilan Kini memaparkan sebuah bot ‘donut’ yang sarat dengan penumpang sedang ditarik oleh sebuah bot di kawasan laut berdekatan pantai.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, kamera merakam kehadiran sebuah bot yang lain yang kemudian melanggar bahagian sisi bot donut yang sedang ditarik itu.


Lebih membimbangkan adalah kesemua daripada penumpang di atas bot donut itu tercampak ke dalam laut dan tiada perkongsian lanjut mengenai kejadian itu.

Walaupun sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut namun menerusi kapsyen dan ura-ura daripada orang ramai mengatakan ianya berlaku di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Isu ini juga mendapat perhatian daripada YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Mohd Zamri Mohd Esa yang mana mengatakan perkara tersebut sudah pun diselesaikan.

“Setakat ini saya difahamkan ia sudah diselesaikan secara rundingan antara pengusaha bot dan mereka yang terbabit, tiada sebarang kecederaan kepada mereka yang terbabit dan tiada kes” – YDP MPPD

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terkejut melihat aksi penumpang yang tercampak oleh kerana dilanggar bot yang tiba-tiba datang merempuh.

Bukan itu sahaja, netizen juga kurang senang dengan sikap pengendali bot pelampung dikatakan seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan penumpang kerana hanya berkata; “Kacau betul la…” dan “koyak kain.”

Antara komen warga maya:

“Disitu kita lihat betapa pengusaha bot macam tu lebih mementingkan keuntungan.. keselamatan pengguna bukan urusan mereka.. beringat dan cuba elakkan sebarang kemalangan..”

“Pengunjung tak payah la naik apa2 kat tepi pantai tu.. bukan diorang kisah keselamatan orang pengunjung pun.. nak buat duit je..”


“Yang pandu bot tu pun tak beragak nak bawa laju2”

“Terlampau laju sangat.. aku paling seram tau naik benda alah ni..”


Video yang tular di laman Facebook: