Bos Belanja Kereta Siap Ada Riben, Pekerja Indonesia Terkejut & Terus Peluk Proton Saga Pemberian Majikan

Seringkali kita dengar dimana apabila kita ikhlas dalam satu pekerjaan dan amanah melakukannya pasti setiap urusan kita dipermudahkan dan diselitkan rezeki yang langsung tidak disangka-sangka.
Iospital phone repair gombak
Begitulah dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi sebuah kisah menyentuh hati mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @viviproton, difahamkan jurujual proton ini mencarinya untuk bertanyakan sama ada pusat jualannya mempunyai stok kereta Proton Saga kerana ingin membeli kereta itu untuk pekerjanya.

Setelah urusan jual beli selesai, lelaki tersebut meminta pekerjanya yang berasal dari Infonesia untuk pergi bersamanya ke Pusat Jualan Proton di Pontian, Johor.

Mendengar perkara tersebut, pekerjanya itu terkejut dan gembira sekaligus memeluk kenderaan yang mempunyai riben merah besar itu.


Mereka kemudian mengambil gambar bersama kereta dan masing-masing tidak dapat menyembunyikan kegembiraan.

Jurujual Proton itu berkata, lelaki itu ada memberitahunya bahawa pekerja asing tidak boleh membuat pinjaman bank untuk membeli kereta, jadi dia memutuskan untuk membayar sepenuhnya dan memberikannya sebagai ganjaran.

Ketika lelaki itu mendapat kunci untuk menghidupkan kereta, dapat dilihat dia tersenyum gembira.

“Majikannya kata bahawa pekerja ini sangat rajin dan mereka memutuskan untuk memberi ganjaran kepadanya,” ujar jurujual Proton tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap majikan yang sangat baik hati dan menghargai setiap hasil titik peluh seorang pekerja.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui tumpang gembira dengan lelaki tersebut yang menerima sebuah kereta Proton Saga itu.

Antara komen warga maya:

“Memang terbaik.. boss balas budi kepada pekerja yang budi baik”

“Bestnyaa.. semoga bos lebih banyak rezeki boleh bagi lagi another staff next time”


“Boleh nampak pasangan suami isteri tu betul2 sayang pekerja dia ni.. boleh nampak juga boss dia excited nak bagi hadiah tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@viviproton 很有福气的一位员工 老板送大礼给他作为奖励🎁🎁 顾客说 这是他一位很好地员工 👍#viviproton #汽车销售顾问 #congratulations #proton #sales #advisor #johor #送员工的礼物 ♬ 原聲 – Hs Vivi Proton

@viviproton 顾客拍下这一刻感人的一幕😭, 当下我看到他感动到 我才想起跑回公司拿手机 这一刻顾客拍下来了他在公司服务了超过10年 得到老板的肯定及表扬 #viviproton #汽车销售顾问 #johor #proton #sales #advisor #Saga #好老板 #好员工 #感人一幕 ♬ 原聲 – Hs Vivi Proton