Bolehkah Ucap ‘Merry Christmas’? Ini Jawapan Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perbuatan mengucapkan ‘Merry Christmas’ dibenarkan bagi menzahirkan ungkapan tahniah kepada perayaan agama lain tanpa niat memuliakan agama mereka.

“Tidak menjadi satu kesalahan untuk mengucapkan ‘Merry Christmas’. Ianya sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu. Golongan Muslim boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada orang Kristian, dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya,”

Beliau memetik Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah dalam mesyuarat ke-78 dalam Hal Ehwal Islam pada 2007 yang berpendapat bahawa mengutus salam melalui kad, e-mel atau mesej teks kepada golongan bukan Islam semasa musim perayaan mereka adalah dibenarkan, selagi ucapan itu tidak memuliakan agama lain atau menggunakan simbol agama.

“Penting untuk kita wujudkan kesedaran mengenai perkara ini agar tak timbul sebarang kekeliruan. Hiduplah secara harmoni bersama agama-agama lain,”

Ia bukanlah kali pertama, malah Dr Zulkifli juga pernah menjelaskan mengenai isu ini sekitar 2016.

Sebelum ini, beberapa kumpulan Muslim konservatif berkata, orang Islam tidak dibenarkan mengucap ‘Merry Christmas’ kepada penganut Kristian.

[su_label]Sumber: mStar[/su_label]